Elemen matematik dalam seni ukiran kayu rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan / Marina Mohamed...[et al.]

Seni ukiran orang Melayu mempunyai keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Seni ini kebanyakannya dapat dilihat pada senibina rumah Melayu tradisional. Motif dan corak ukiran dalam senibina rumah Melayu tradisional banyak dipengaruhi oleh unsur alam dan kebudayaan. Kajian terdahulu mendapati huk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed, Marina (Author), Ramli, Nazirah (Author), Dzulkifli, Nor Fadhilah (Author)
Format: Book
Published: 2015-12.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seni ukiran orang Melayu mempunyai keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Seni ini kebanyakannya dapat dilihat pada senibina rumah Melayu tradisional. Motif dan corak ukiran dalam senibina rumah Melayu tradisional banyak dipengaruhi oleh unsur alam dan kebudayaan. Kajian terdahulu mendapati hukum nisbah, kadaran, simetri dan geometrik diambil kira tanpa sedar dalam seni ukiran kayu rumah Melayu tradisional. Elemen-elemen inilah yang memungkinkan terhasilnya nilai estetika sesuatu ukiran. Kertas kerja ini mengenalpasti kewujudan elemen matematik seperti nisbah keemasan,lingkaran keemasan serta bentuk-bentuk geometri dalam ukiran senibina rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan. Elemen matematik ini dikenalpasti berdasarkan pemerhatian dan analisa geometrik yang dilakukan pada ukiran yang terdapat di dalam rumah Melayu tersebut. Penemuan kajian ini mendapati ukiran di dalam rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan menggunapakai pelbagai bentuk geometri iaitu segiempat, bulatan,segitiga dan sebagainya. Selain itu bentuk geometri ini boleh ditentukan kesimetrian dan kewujudan nombor Fibonacci dalam seni ukirnya. Hasil dari kajian ini diharapkan dapat menyumbangkan pengetahuan berkaitan elemen matematik yang wujud dalam ukiran senibina rumah Melayu tradisional ini.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35737/1/35737.pdf