Kajian sistem penilaian prestasi pelajar berkomputer: Perspektif kepada pengguna komputer / Khairul Nizam Abd Halim, Razulaimi Razali and Mohd Ridzuan Hussin

Kajian ini dilakukan untuk menghasilkan satu kerangka-kerja bagi sistem penilaian prestasi ujian pelajar (peperiksaan) berkomputer. Kerangka-kerja dihasilkan berdasarkan kepada kehendak pengguna di samping mengikut pendekatan pembangunan sistem komputer dalam bidang kejuruteraan perisian. Sistem e-p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Halim, Khairul Nizam (Author), Razali, Razulaimi (Author), Hussin, Mohd Ridzuan (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, 2007-10.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk menghasilkan satu kerangka-kerja bagi sistem penilaian prestasi ujian pelajar (peperiksaan) berkomputer. Kerangka-kerja dihasilkan berdasarkan kepada kehendak pengguna di samping mengikut pendekatan pembangunan sistem komputer dalam bidang kejuruteraan perisian. Sistem e-peperiksaan ini dilakukan dengan menggunakan simulasi main peranan terhadap responden untuk memastikan tinjauan borang soal selidik dapat diambil dengan baik. Kaedah statistik analisis descriptive dan bivariate digunakan untuk menganalisis tinjauan borang soal selidik. Hasil daripada analisa ini satu kerangka-kerja sistem epeperiksaan dihasilkan. Kerangka-kerja ini boleh dicadangkan penggunaannya untuk semua aplikasi yang seumpana ini yang ingin dibangunkan di masa hadapan kerana ianya mengambil kira aspek kehendak pengguna dan tuntutan bidang kejuruteraan perisian. Selain menghasilkan kerangka-kerja, kajian juga dilakukan untuk menentukan tahap kepuasan serta penerimaan responden terhadap sistem peperiksaan berkomputer. Dalam kajian, ini tahap kepuasan serta penerimaan responden adalah tinggi dan baik. Objektif kajian yang terakhir adalah untuk menentukan sama ada faktor-faktor demografik mempengaruhi persepsi responden. Hasil kajian mendapati, persepsi seperti keselesaan, kebolehpercayaan, keberkesanan, konsistensi dan kepuasan responden terhadap sistem kajian ini tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor demografik.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35998/1/35998.PDF