Perkembangan kaedah analisis hidrokarbon aromatik polisiklik dalam air di kawasan industri Negeri Sembilan / Siti Norhafiza Mohd Khazaai
Perkembangan kaedah analisis hidrokarbon aromatik polisiklik (Polyaromatic hydrocarbon, PAH) dalam matrik air di kawasan perindustrian telah berjaya dijalankan. Dalam kajian ini, kaedah pengekstrakan yang digunakan bagi matrik air telah dipilih iaitu pengestrakanfasa pepejal. Menerusi kajian sampel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2011.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan kaedah analisis hidrokarbon aromatik polisiklik (Polyaromatic hydrocarbon, PAH) dalam matrik air di kawasan perindustrian telah berjaya dijalankan. Dalam kajian ini, kaedah pengekstrakan yang digunakan bagi matrik air telah dipilih iaitu pengestrakanfasa pepejal. Menerusi kajian sampel pakuan, didapati nilai peratus dapatan semula bagi matrik air adalah dalam julat 85.8 - 95.3%. Peratusan ini menunjukkan kaedah ini adalah baik. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kromatografi gas dengan pengesan pengionan nyala (GC-FID) dengan nilai lengkungan kalibrasi adalah 0.9540 - 0.9981. Kajian yang dijalankan ke atas matrik air terhadap kepekatan sebatian PAH memberikan julat bacaan di antara 0.016 ug/L - 0.031 ug/L. Secara pemerhatian, kawasan yang mengalami taburan sebatian PAH yang bergelang tiga dan empat adalah dari sumber petrogenik dan juga pirogenik yang diperolehi daripada aktiviti manusia atau pun antropogenik di kawasan sekitar. Walau bagaimanapun, tahap pencemar komposisi PAH secara individu dalam matrik air masih di tahap yang tidak membahayakan berdasarkan Interim Water Quality Standards (INWQS). |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38572/1/38572.PDF |