Analisis penggunaan kecekapan tenaga terhadap sampul bangunan kajian OTTV Bangunan Canselori Universiti Sains Malaysia / Anas Zafirol Abdullah Halim ... [et al.]

Keperluan sampul bangunan perlu diambil kira secara lebih terperinci kerana ia melibatkan pengaruh yang besar terhadap kadar kemasukan haba yang berlebihan ke dalam bangunan.Sampul bangunan merupakan komponen bangunan yang paling kritikal kerana ia memainkan peranan penting dalam melindungi pengguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah Halim, Anas Zafirol (Author), Halim, Al-Hafzan Abdullah (Author), Ahmad Zamri, Nurhasyimah (Author), Mat Hassan, Hasni Suryani (Author)
Format: Book
Published: 2012.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keperluan sampul bangunan perlu diambil kira secara lebih terperinci kerana ia melibatkan pengaruh yang besar terhadap kadar kemasukan haba yang berlebihan ke dalam bangunan.Sampul bangunan merupakan komponen bangunan yang paling kritikal kerana ia memainkan peranan penting dalam melindungi pengguna dan bangunan itu sendiri. Sampul bangunan mengawal pergerakan tenaga diantara permukaan luar bangunan dengan permukaan dalam bangunan.Sebuah sampul bangunan yang baik mestilah menyeimbangkan suhu, haba terma dan kelembapan di waktu siang dan malam. Kajian ini memberi impak yang positif dari segi rekabentuk yang sesuai, pemilihan bahan binaan dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan kecekapan tenaga (KT) dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pengurusan tenaga. Antara faktor yang boleh meningkatkan penggunaan KT terhadap sampul bangunan ialah orientasi bangunan, 6ilai U, bahan-bahan binaan, rekabentuk dan penggunaan alat peneduhan yang berkesan. Perkara ini dapat dinilai menggunakan suatu kaedah yang dinamakan pengiraan "Overall Thermal Transfer Value" atau OTTV. OTTV dikira untuk mengetahui prestasi sesebuah bangunan sama ada ianya menepati kehendak tenaga efisien ataupun tidak. Mengikut garis panduan yang ditetapkan di dalam Malaysian Standard "Code of Practice on Energy Efficiency and Use of Renewable Energy for 6on-Residential Buildings" MS1525:2007 iaitu tidak boleh melebihi 50 W/m²
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40320/1/40320.pdf