Kecemerlangan akademik, penyelidikan dan penulisan: Pencapaian dalam sedekad KONAKA / Muzamil Mustaffa ...[et al.]
Kertas kerja ini membincangkan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan penulisan di Universiti Teknologi MARA (Pahang) setelah sedekad Konferensi Akademik (KONAKA) di kampus ini dilaksanakan. Analisa dan interpretasi data diperolehi daripada koleksi kertas kerja para pensyarah yang telah diterbitka...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2013.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kerja ini membincangkan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan penulisan di Universiti Teknologi MARA (Pahang) setelah sedekad Konferensi Akademik (KONAKA) di kampus ini dilaksanakan. Analisa dan interpretasi data diperolehi daripada koleksi kertas kerja para pensyarah yang telah diterbitkan dalam prosiding KONAKA sejak tahun 2003 hingga 2012. Subjek akademik, penyelidikan dan penulisan dipilih kerana item ini sangat penting dan merupakan tugas utama setiap pensyarah. Selain itu, ia adalah tonggak penting penentu kecemerlangan sesebuah universiti. Hasil daripada kajian ini menunjukkan para pensyarah di UiTM (Pahang) mampu melahirkan idea yang bernas dan kreatif dalam melakukan penambahbaikan kepada sistem akademik, sama ada untuk kumpulan pentadbir, para pensyarah, mahupun kepada siswa-siswinya. Sumbangan penyelidikan dan penulisan amat memberangsangkan merangkumi pelbagai bidang dan disiplin dan dibentang atau diterbitkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Hasil penyelidikan, penulisan serta komitmen sebagai ahli jawatankuasa KONAKA diiktiraf sebagai sumbangan bermakna untuk universiti dalam kriteria kenaikan pangkat pensyarah atau anugerah anugerah lain yang berkaitan. Selain itu terdapat banyak sumbangan yang telah dipraktikkan seperti sistem pembelajaran maya, prosedur akademik serta kaedah pembelajaran berkesan dalam dan luar bilik kuliah. KONAKA membawa manfaat yang besar untuk pensyarah UiTM (Pahang) dan wajar diteruskan. Cadangan penambahbaikan turut dikemukakan agar KONAKA sentiasa mempunyai nilai tambah dan memberi impak kepada UiTM (Pahang) khususnya dan UiTM secara keseluruhannya. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40921/1/40921.PDF |