Dimensi kecerdasan emosi di kalangan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (Pahang) / Maisarah Ishak and Dr. Sharifah Zannierah Syed Marzuki

Kecerdasan intelektual (IQ) lazimnya memberi kesan yang besar terhadap kejayaan seseorang individu. Namun, masalah sosial yang terus mengancam masyarakat hari ini mewujudkan kesedaran bahawa kecerdasan intelektual bukan merupakan satu-satunya penyelesaian kepada masalah dan penentu kejayaan seseoran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Maisarah (Author), Syed Marzuki, Sharifah Zannierah (Author)
Format: Book
Published: 2013.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kecerdasan intelektual (IQ) lazimnya memberi kesan yang besar terhadap kejayaan seseorang individu. Namun, masalah sosial yang terus mengancam masyarakat hari ini mewujudkan kesedaran bahawa kecerdasan intelektual bukan merupakan satu-satunya penyelesaian kepada masalah dan penentu kejayaan seseorang. Para ahli psikologi melihat perkara ini berpunca daripada tahap kecerdasan emosi (EQ) yang rendah menyebabkan individu sukar untuk mengawal emosi dalam diri mereka. Hal ini turut memberi kesan ke atas golongan mahasiswa yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah dan tidak mampu mengurus emosi dengan baik. Akibatnya, pelbagai masalah berkaitan akademik dan bukan akademik seperti masalah sosial berlaku dalam kalangan mahasiswa dan turut memberi kesan negatif terhadap institusi pengajian tinggi. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap dimensi kecerdasan emosi yang dimiliki oleh pelajar Universiti Teknologi MARA Pahang dalam usaha untuk membantu para pelajar lebih mengenali dan memahami emosi diri mereka. Terdapat enam dimensi kecerdasan emosi yang diberi perhatian iaitu kesedaran kendiri, kawalan diri, motivasi diri, empati dan kemahiran sosial. Setiap dimensi EQ ini mempunyai ciri-ciri peribadi yang mampu membezakan perwatakan seorang pelajar. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa kedua-dua unsur IQ dan EQ perlu dipupuk dalam kalangan pelajar agar mereka mampu menghadapi cabaran dunia yang semakin sukar dan mencabar.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40995/1/40995.PDF