Inovasi bangku gypsum / Zulkarnian Hassan and Siti Maryam Ali Yasin

Gypsum atau lebih dikenali dengan nama Plaster of Paris (POP) adalah suatu bahan tradisional yang digunakan meluas dalam bidang Seramik, kejuruteraan bahan dan Sains gunaan. Inovasi POP telah berkembang melalui fungsi gunaan, penyatuan bahan tambahan mengikut kepakaran atau penyelidikan. Kajian yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Zulkarnian (Author), Ali Yasin, Siti Maryam (Author)
Format: Book
Published: 2012.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gypsum atau lebih dikenali dengan nama Plaster of Paris (POP) adalah suatu bahan tradisional yang digunakan meluas dalam bidang Seramik, kejuruteraan bahan dan Sains gunaan. Inovasi POP telah berkembang melalui fungsi gunaan, penyatuan bahan tambahan mengikut kepakaran atau penyelidikan. Kajian yang dilakukan terhadap bahan POP ini merupakan suatu projek penggabungan bahan asal bersama bahan yang dikitar semula. Pemilihan bahan campuran ini diambil dari kajian lepas iaitu POP dan kotak 'packaging'di mana ia dipertingkatkan dari segi kualiti bahan dan kemasan permukaan. Kajian terdahulu berdasarkan kepada industry pengacuanan produk Seramik, manakala kajian terkini menjurus kepada penghasilan produk rekaan berasaskan kepenggunaan harian. Kajian yang dijalankan di beberapa kawasan kediaman rumah menunjukkan kadar saiz kawasan laman adalah terhad dan kehendak pengguna adalah untuk memiliki laman sendiri. Keinginan untuk melengkapkan kawasan laman dengan perabut untuk aktiviti riadah menyebabkan suasana menjadi sempit dan tidak teratur. Justeru, kajian telah dijalankan berobjektif untuk mengurangkan keadaan sempit, memenuhi keperluan pengguna untuk aktiviti riadah di rumah. Selain itu untuk memperkenalkan bahan berpotensi menghasilkan bangku untuk kediaman bersaiz kecil dan sederhana. Ia memenuhi keselesaan pengguna, bentuk kontemporari dan variasi warna. Dihasilkan melalui proses blok acuan, bentukkan, pengeringan dan kemasan. Rekabentuk produk ini mendapat pengiktirafan di pertandingan inovasi menerusi kategori rekaan terbaik. Ia mempunyai ciri-ciri keselesaan bentuk kedudukan punggung dan mampu menyokong tulang punggung. Fungsi gunaan sebagai bangku sesuai untuk melakukan aktiviti senaman duduk. Penggunan bahan kitar semula ke dalam bahan POP adalah untuk meringankan bangku mudah alih untuk simpanan. Kesimpulan dari kajian yang dijalankan mengambil aspek keselesaan, harga, fungsi dan keselamatan pengguna selain bercirikan produk bangku kontemporari.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42001/1/42001.pdf