Strategi komunikasi dengan gelandangan semasa pandemik COVID-19: pengalaman sukarelawan sepanjang fasa Perintah kawalan pergerakan di Malaysia / Mohd Alif Jasni, Norruzeyati Mohd Che Nasir and Mohd Nazri Ibrahim.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Malaysia selama tiga fasa dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 berikutan wabak COVID-19 telah memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia termasuk gelandangan. Bagi membantu usaha pemerintah, sukarelawan dari pelbagai organisasi sukarela juga t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jasni, Mohd Alif (Author), Mohd Che Nasir, Norruzeyati (Author), Ibrahim, Mohd Nazri (Author)
Format: Book
Published: Faculty of Communication and Media Studies, Universiti Teknologi MARA, 2020.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Malaysia selama tiga fasa dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 berikutan wabak COVID-19 telah memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia termasuk gelandangan. Bagi membantu usaha pemerintah, sukarelawan dari pelbagai organisasi sukarela juga turun ke padang menolong para gelandangan dari segi penyediaan tempat tinggal sementara dan pengedaran makanan, pakaian dan keperluan asas. Kajian kualitatif ini dilakukan untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan oleh sukarelawan dalam mendekati dan membantu para gelandangan. Di samping itu, kajian ini memperlihatkan faedah menggunakan strategi komunikasi yang berkesan oleh sukarelawan pada masa krisis, terutama dalam pergerakan fizikal dan interaksi sosial yang terhad semasa pandemik. Kaedah temu bual berstruktur untuk sukarelawan yang berkhidmat dalam organisasi sukarela di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian menunjukkan bahawa sukarelawan menggunakan strategi komunikasi melalui pendekatan ramah, menggunakan bahasa yang sesuai, menggunakan komunikasi bukan lisan yang sesuai, dan menghindari penggunaan kata-kata penghakiman dengan para gelandangan. Oleh itu, strategi komunikasi telah membina kepercayaan, mengeratkan persahabatan dan memudahkan interaksi dengan para gelandangan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42139/1/42139.pdf