Konsep mengarusperdanakan gender: kajian wanita dalam pekerjaan di Malaysia / Azizan Zainuddin dan Kartini Khalid @ Aboo Talib

Kajian ini memfokuskan perbincangan terhadap faktor-faktor yang menyumbang terhadap penglibatan wanita dalam pekerjaan dengan mengambilkira pelaksanaan strategi mengarusperdanakan gender yang diaplikasikan dalam Dasar Wanita Negara serta kesannya terhadap wanita dalam sektor pekerjaan. Konsep yang d...

Volledige beschrijving

Bewaard in:
Bibliografische gegevens
Hoofdauteurs: Zainuddin, Azizan (Auteur), Khalid @ Aboo Talib, Kartini (Auteur)
Formaat: Boek
Gepubliceerd in: Faculty of Administrative Science & Policy Studies (FASPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, 2018.
Onderwerpen:
Online toegang:Link Metadata
Tags: Voeg label toe
Geen labels, Wees de eerste die dit record labelt!
Omschrijving
Samenvatting:Kajian ini memfokuskan perbincangan terhadap faktor-faktor yang menyumbang terhadap penglibatan wanita dalam pekerjaan dengan mengambilkira pelaksanaan strategi mengarusperdanakan gender yang diaplikasikan dalam Dasar Wanita Negara serta kesannya terhadap wanita dalam sektor pekerjaan. Konsep yang diperkenalkan berdasarkan perspektif feminisme ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan wanita khususnya dalam pekerjaan. Sebelum ini wanita dalam sektor pekerjaan dilihat agak terpinggir daripada arus pembangunan negara. Walau bagaimanapun pengadaptasian konsep ke dalam dasar negara dilihat kurang memberi impak positif kepada wanita dalam sektor pekerjaan. Tren penglibatan wanita dalam sektor ini khususnya di peringkat pembuatan keputusan sektor awam dilihat masih lemah. Justeru itu bagi menjawab persoalan kajian, kaedah berbentuk kualitatif dengan teknik temubual secara mendalam telah diaplikasikan dalam kajian ini. Seramai 28 orang informan telah dipilih berdasarkan persampelan purposive. Informan adalah di kalangan wanita yang mempunyai pengalaman serta pengetahuan khusus mengenai isu yang dibincangkan. Hasil kajian mendapati terdapat dua faktor utama yang menghambat penglibatan wanita dalam pekerjaan di Malaysia iaitu diskriminasi secara halus terhadap wanita serta fasiliti penjagaan anak yang tidak praktikal. Kajian turut mendapati faktor-faktor halangan terhadap penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan di sektor awam khususnya di peringkat pembuatan keputusan sangat signifikan dengan paradigma masalah yang berstruktur khususnya daripada aspek patriarkal. Perbincangan terperinci mengenai kajian dilanjutkan dalam artikel ini.
Beschrijving item:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42494/1/42494.pdf