Perkembangan staf dan fakulti di institusi pengajian tinggi di Malaysia permasalahan dan implikasinya terhadap pensyarah dan pelajar / Mohd Salleh Lebar

Perkembangan staf dan fakulti merupakan perkara yang amat penting di sesebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau pun institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini. Sebenamya kedua-dua aspek ini menjadi ukuran kekuatan di mana-mana institusi pengajian tinggi. Sebagaimana yang kita t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lebar, Mohd Salleh (Author)
Format: Book
Published: 2004.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan staf dan fakulti merupakan perkara yang amat penting di sesebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau pun institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini. Sebenamya kedua-dua aspek ini menjadi ukuran kekuatan di mana-mana institusi pengajian tinggi. Sebagaimana yang kita tahu, kehebatan dan kecemerlangan sesebuah institusi pengajian tinggi baik di dalam mahu pun di luar negara memang dikira atau dilihat kedua-dua aspek ini. Malali ramai pelajar dari Asia Tenggara yang ingin belajar di negara-negara Barat mereka melihat reputasi dan kehebatan universiti-universiti yang dipilih. Di negara kita, untuk membangunkan perkembangan staf dan memperbanyakkan fakulti bukanlah mudah. Sebagai contoh, untuk melantikkan staf sama ada akademik dan bukan akademik yang baru, Dekan, Ketua Jabatan, perlantikan Profesor dan Profesor Madya bukanlah mudah kerana ia mesti melalui prosedur yang tertentu Apatah lagi untuk menubuhkan fakulti baru yang mengambil masa lebih kurang tiga hingga empat tahun lamanya kerana ia memerlukan kajian pasaran yang mendalam dan mendapat kebenaran dari Jabatan Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun disebalik kesusahan dan cabaran dalam pembentukan tersebut ia memberi implikasi yang baik terhadap perkembangan dan kerjaya seseorang pensyarah dan menambahkan lagi bilangan pelajar di sesebuah universiti. Dengan kata lain, apabila sesebuah universiti berkembang dan banyak fakulti yang ditubuhkan maka ramailah pelajar yang diperlukan, dana universiti semakin bertambah banyak dan ia secara tidak langsung membangunkan perkembangan ekonomi dan sosial di sesuatu kawasan universiti. Jadi fokus utama kertas ini ialah untuk melihat implikasi terhadap status pensyarah, program pengajian, bilangan unjuran pelajar, pembangunan ekonomi dan sosial setempat ekoran perkembangan di institusi pengajian yang dipilih.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42838/1/42838.pdf