Cadangan adaptasi ciri-ciri seni seramik kontemporari Jepun untuk peningkatan kualiti reka bentuk industri seramik di Malaysia / Siti Maryam Ali Yasin dan Zulkarnian Hassan

Bidang seramik di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu penghasilan produk seramik industri (mass production) dan seramik studio iaitu seni kraf. Kedua bidang ini perlu bergerak seiring dalam mempelbagaikan produk dan kualiti hasilan seramik. Sebagai contoh, pasaran seramik industri dan seramik kraf d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ali Yasin, Siti Maryam (Author), Hassan, Zulkarnian (Author)
Format: Book
Published: 2012.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bidang seramik di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu penghasilan produk seramik industri (mass production) dan seramik studio iaitu seni kraf. Kedua bidang ini perlu bergerak seiring dalam mempelbagaikan produk dan kualiti hasilan seramik. Sebagai contoh, pasaran seramik industri dan seramik kraf di Jepun berjaya diketengahkan dengan kualiti rekabentuk yang menarik, asli dan inovatif. Mereka telah mengambil dan mempelajari kebudayaan dan seni tembikar tradisi kemudian menilai, engembangkannya dan memberi suntikan baru terhadap rekabentuknya. Penulisan ini akan mengambil enam ciri atau karektor di dalam seni seramik kontemporari Jepun untuk dibincangkan. Ciri-ciri yang dikenalpasti adalah daripada aspek 1) Penggunaan warna-warna gemilang seperti warna emas dan perak dan warna-warna terang 'Ostentation' ( The use of Ostentation Colours, Gold and Silver), 2) Pernyataan sifat semulajadi bahan 'Quiet Refinement' ( The Batural Expression of the Material), 3) Gandingan bentuk dan warna yang nipis, teguh dan kukuh 'Crispness' (Strong Shapes and Colours), 4) Hasilan terperinci dan halus 'Fine Detail' (Elaborate Workmanship), 5) Kecantikan objek yang tidak bersifat simetri 'Deformation' (The Beauty of Unevenness) dan 6) Penggunaan imej atau motif flora dan fauna 'Flowers and Birds' (Ornamentation Based on Flower and Bird Motif). Adalah diharapkan penulisan ini akan memberikan idea kepada mereka yang terlibat dalam industri ini dari segi peningkatan rekabentuk baru bagi membantu pasaran seramik industri mahupun seramik kraf di Malaysia.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42953/1/42953.pdf