Pelaksanaan Pendidikan Islam Era Revolusi Industri 4.0 di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Melaka / Norafifah Ab Hamid ... [et al.]

Revolusi Industri 4.0 merupakan cabaran yang perlu dihadapi masyarakat Malaysia kini. Perkembangan teknologi yang semakin canggih dan pesat di era revolusi ini turut mendorong kepada berlakunya transformasi dalam dunia pendidikan. Begitu juga dalam konteks Pendidikan Islam di Institut Pengajian Ting...

Volledige beschrijving

Bewaard in:
Bibliografische gegevens
Hoofdauteurs: Ab Hamid, Norafifah (Auteur), P Rameli, Mohd Faizal (Auteur), Abd Wahab, Nor Azlina (Auteur), Che Man, Norajila (Auteur), Izza Hashim, Siti Nurul (Auteur)
Formaat: Boek
Gepubliceerd in: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), 2020.
Onderwerpen:
Online toegang:Link Metadata
Tags: Voeg label toe
Geen labels, Wees de eerste die dit record labelt!
Omschrijving
Samenvatting:Revolusi Industri 4.0 merupakan cabaran yang perlu dihadapi masyarakat Malaysia kini. Perkembangan teknologi yang semakin canggih dan pesat di era revolusi ini turut mendorong kepada berlakunya transformasi dalam dunia pendidikan. Begitu juga dalam konteks Pendidikan Islam di Institut Pengajian Tinggi terutamanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang majoriti pelajarnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejarah perkembangan dan pelaksanaan Pendidikan Islam di UiTM khususnya di bawah kendalian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Selain itu kajian ini juga untuk mengenalpasti bentuk-bentuk program Pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Melaka di Era Revolusi Industri 4.0. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap data-data yang diperolehi melalui proses dokumentasi dan temubual. Kajian ini merumuskan bahawa telah wujud transformasi dalam pendekatan pengajaran Pendidikan Islam di bawah kendalian ACIS Melaka dengan mengambil kira perkembangan Revolusi Industri 4.0. Dapatan ini dibuktikan melalui pelaksanakan beberapa aktivti seperti EREV 2018, i-Prova, ISnT dan iCviST. Dapatan kajian ini dilihat penting dalam usaha mengangkat Pendidikan Islam di Era Revolusi Industri 4.0 khususnya dalam konteks pengajian tinggi.
Beschrijving item:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42961/1/42961.pdf