Tanggapan pelajar terhadap kepentingan peperiksaan percubaan dan tajuk tumpuan dalam matematik tambahan sijil pelajaran malaysia (spm): Satu tinjauan awal / A.M. Lazim, M.T. Abu Osman dan W.A. Wan Salihin

Peranan peperiksaan percubaan dan mengetahui kesukaran tajuk-tajuk dalam format kertas peperiksaan merupakan antara perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar sebagai persediaan pada peringkat akhir sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar. Kajian ini dijalankan untuk melihat kepentingan peperi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lazim, A.M (Author), Abu Osman, M.T (Author), Wan Salihin, W.A (Author)
Format: Book
Published: 2004.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan peperiksaan percubaan dan mengetahui kesukaran tajuk-tajuk dalam format kertas peperiksaan merupakan antara perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar sebagai persediaan pada peringkat akhir sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar. Kajian ini dijalankan untuk melihat kepentingan peperiksaan percubaan dan mengenalpasti tajuk-tajuk yang dianggap sukar dari perspektif pelajar. Kajian melibatkan 105 orang pelajar tingkatan 5 dan sebuah sekolah berasrama penult di Terengganu. Responden terdiri daripada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengambil matapelajaran elektif matematik tambahan. Data dikutip dengan menggunakan satu soal selidik yang mengandungi tiga bahagian mengikut persoalan kajian. Pengutipan data dilakukan seminggu sebelum pelajar mengharungi peperiksaan SPM. Dapatan menunjukkan peperiksaan percubaan amat penting dalam membantu pelajar menghadapi peperiksaan sebenar walaupun markah peperiksaan percubaan diyakini tidak dapat menggambarkan markah dalam peperiksaan sebenar. Tajuk fungsi trigonometri dipilih oleh 68% pelajar sebagai tajuk yang paling sukar antara tajuk-tajuk dalam matematik tambahan SPM. Kepentingan peperiksaan percubaan dan tajuk-tajuk tumpuan pelajar dibincangkan dalam kertas ini.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43050/1/43050.pdf