Kimia dan perubatan dalam tamadun islam zaman Abbasiyyah / Roziah Sidik @ Mat Sidek ... [et al.]

Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang kimia dan perubatan. Kedua-dua bidang ini telah berkembang dengan pesatnya apabila perhatian secara mendalam telah diberikan kepada bidang ini pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Kertas kerja ini bertujuan untuk memaparkan kec...

Volledige beschrijving

Bewaard in:
Bibliografische gegevens
Hoofdauteurs: Sidik @ Mat Sidek, Roziah (Auteur), Mat Resad @ Arshad, Izziah Suryani (Auteur), Mat Zain, Farid (Auteur), Jamsari, Ezad Azraai (Auteur)
Formaat: Boek
Gepubliceerd in: 2004.
Onderwerpen:
Online toegang:Link Metadata
Tags: Voeg label toe
Geen labels, Wees de eerste die dit record labelt!
Omschrijving
Samenvatting:Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang kimia dan perubatan. Kedua-dua bidang ini telah berkembang dengan pesatnya apabila perhatian secara mendalam telah diberikan kepada bidang ini pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Kertas kerja ini bertujuan untuk memaparkan kecemerlangan bidang kimia dan perubatan dalam tamadun Islam, khususnya pada zaman Abbasiyyah. Paparan dalam bahasa Melayu sebegini perlu, memandangkan kecemerlangan bidang ini jarang sekali diketengahkan. Kajian ini akan menjurus kepada karya-karya yang dihasilkan oleh saintis dalam bidang kimia dan perubatan pada zaman Abbasiyyah. Metod kajian ini ialah kajian perpustakaan dengan menyaring dan menganalisa maklumat daripada sumber-sumber terpilih. Basil kajian mendapati bahawa bidang kimia dan perubatan dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyyah telah berkembang dengan pesat. Ini dibuktikan oleh kemunculan tokoh-tokoh terkemuka seperti Jabir Ibn Hayyan, Abu Yusuf Ibn Ishaq al-Kindi, Hunayn Ibn Ishaq, Thabit Ibn Qurrah, Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi, Abu Ali Husayn Ibn Abd Allah Ibn Sina dan keluarga Bakhtishu'. Tokoh-tokoh ini pula didapati berjaya menghasilkan karya-karya seperti Kitab al-Hawi, Kitab al-Mansuri, al-Qanun fi al-Tibb dan Kitab al-'Ashr Maqalat fi al-'Ayn.
Beschrijving item:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43109/1/43109.pdf