Permasalahan qada' solat yang ditinggalkan secara sengaja: satu sorotan kajian / Hasna Bidin, Mohd Nor Firdaus Omar dan Mohd Nazari Khalid @ Abu Samah

Kajian ini membincangkan tentang permasalahan Qada' solat yang ditinggalkan dengan sengaja sama ada ia wajib diqada'kan semula atau sebaliknya. Hal ini timbul kerana masih terdapat di kalangan masyarakat Islam yang keliru terhadap kewajipan mengqada'kan solat. Mereka beranggapan bahaw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bidin, Hasna (Author), Omar, Mohd Nor Firdaus (Author), Khalid @ Abu Samah, Mohd Nazari (Author)
Format: Book
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), 2020.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan tentang permasalahan Qada' solat yang ditinggalkan dengan sengaja sama ada ia wajib diqada'kan semula atau sebaliknya. Hal ini timbul kerana masih terdapat di kalangan masyarakat Islam yang keliru terhadap kewajipan mengqada'kan solat. Mereka beranggapan bahawa Qada' hanya wajib dilakukan pada solat yang ditinggalkan dengan tidak sengaja disebabkan uzur Syar'ie seperti terlupa dan tertidur sahaja. Manakala solat yang ditinggalkan dengan sengaja seperti kesibukan dan malas tidak wajib diqada'kan tetapi hanya perlu bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT bagi memohon keampunan disamping memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kajian ini bertujuan memberi tumpuan kepada kefahaman sebenar mengenai Qada', perbezaan Qada' solat dengan Adha' serta hukum mengqada'kan solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja dan tidak sengaja disebabkan uzur Syar'ie. Seterusnya penyelidik akan memuatkan perbincangan ulama' berkaitan hukum mengqada'kan solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan dengan berpandukan kepada bahan rujukan seperti buku-buku dan jurnal-jurnal penerbitan berkaitan tajuk ini. Analisis adalah menggunakan metodologi deduktif iaitu membuat kesimpulan khusus daripada maklumat yang umum. Hasil yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa wajib mengqada'kan solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja menurut pendapat terkuat dalam kalangan jumhur ulama'. Secara kesimpulannya, hukum Qada' solat adalah wajib secara mutlak sama ada solat yang ditinggalkan itu adalah dengan sengaja atau pun tidak sengaja. Hal ini disebabkan solat merupakan hak Allah SWT yang mesti ditunaikan dan merupakan hutang yang wajib dibayar ke atas orang yang mengabaikannya.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43461/1/43461.pdf