Kualiti bahan binaan projek perumahan ; kajian kes Perumahan Iskandar Perdana, Seri Iskandar. / Nurhasyimah Ahmad Zamri , Wan Abdullah Wan Alwi and Hasni Suryani Mat Hassan

Kualiti bahan-bahan binaan yang digunakan untuk sesuatu projek perumahan adalah sangat penting dalam menentukan kualiti rumah yang dihasilkan. Pemilik dan pengguna rumah seterusnya menilai kualiti rumah berdasarkan kepada daya tahan bahan binaan tersebut terhadap kesan persekitaran, keupayaan menang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zamri, Nurhasyimah (Author), Wan Alwi, Wan Abdullah (Author), Mat Hassan, Hasni Suryani (Author)
Format: Book
Published: 2012.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kualiti bahan-bahan binaan yang digunakan untuk sesuatu projek perumahan adalah sangat penting dalam menentukan kualiti rumah yang dihasilkan. Pemilik dan pengguna rumah seterusnya menilai kualiti rumah berdasarkan kepada daya tahan bahan binaan tersebut terhadap kesan persekitaran, keupayaan menanggung beban dan juga faktor-faktor lain yang terlibat. Kajian terhadap kualiti bahan-bahan binaan rumah ini telah dijalankan di sekitar perumahan Iskandar Perdana, Seri Iskandar, Perak. Tumpuan kajian terhadap unit-unit perumahan yang dibina pada jangka masa yang sama iaitu sekitar 7 tahun penggunaannya. Kajian telah dijalankan berasaskan pemeriksaan secara visual dan soal-selidik penghuni rumah terhadap sampel-sampel rumah yang dipilih secara rawak. Bagi menentukan kualiti bahan binaan berasaskan konkrit, ujian saintifik tanpa musnah iaitu ujian kekerasan menggunakan tukul anjal dijalankan terhadap struktur-struktur utama. Hasil kajian mendapati kualiti rumah di perumahan Iskandar Perdana ini masih berada di tahap yang baik. Ianya berasaskan penilaian terhadap kecacatan dan kerosakan bahan binaan konkrit tidak melebihi 30% melibatkan kerosakan yang serius dan lebih dari 75% penghuni berpuas hati dengan tahap kualiti bahan binaan yang digunakan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43483/1/43483.pdf