Analisis kesalahan tatabahasa dalam buku teks bahasa Arab LASR KSSM / Mohamad Hussin and Zawawi Ismail

Buku teks sangat penting dalam pembelajaran bahasa asing. Pelajar bergantung sepenuhnya kepada buku teks sebagai sumber maklumat, aktiviti pengayaan dan latihan pengukuhan dalam pembelajaran. Justeru, penyediaan buku teks yang berkualiti sangat penting untuk memastikan pelajar mendapat maklumat baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hussin, Mohamad (Author), Ismail, Zawawi (Author)
Format: Book
Published: 2021-02-22.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku teks sangat penting dalam pembelajaran bahasa asing. Pelajar bergantung sepenuhnya kepada buku teks sebagai sumber maklumat, aktiviti pengayaan dan latihan pengukuhan dalam pembelajaran. Justeru, penyediaan buku teks yang berkualiti sangat penting untuk memastikan pelajar mendapat maklumat bahasa yang tepat dan bermotivasi dalam pembelajaran. Aktiviti pengajaran guru juga akan berkesan sekiranya dibantu oleh buku teks yang berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesalahan tatabahasa dalam buku teks bahasa Arab tingkatan empat LASR yang digunakan dalam kurikulum KSSM serta mencadangkan pembetulan dan rawatan yang sesuai untuk memurnikan kesalahan berkenaan. Dalam melakukan analisis, pendekatan analisis kesalahan yang disarankan oleh al-Rājiḥī (1995) dan Ṭu'aimah (2004) telah digunakan. Gabungan pendekatan yang diperkenalkan oleh kedua-dua tokoh ini mencadangkan empat langkah dalam melakukan analisis kesalahan bahasa iaitu mengenal pasti, mendeskripsi, menafsir serta melakukan pembetulan dan rawatan terhadap kesalahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesalahan tatabahasa yang serius dalam unit yang dikaji. Kesalahan tanda i'rab dikesan sebanyak 11 kali dan berlaku dalam subtopik yang berbagai melibatkan tanda i'rāb ẓaraf, mubtadā', khabar, na'at, munāda, muḍāf, muḍāf ilayh, ism inna dan badal. Kesalahan lain yang dikesan termasuk kesalahan penggunaan partikel jarr kesalahan penggunaan fi'il mabnī li al-majhūl, 'ann maṣdariyyah serta konsep tadhkīr dan ta'nīth. Jumlah kesalahan yang besar dan dalam subtopik tatabahasa yang pelbagai menuntut para ilmuan supaya lebih peka dengan aspek tatabahasa dalam menyediakan buku teks, khususnya buku teks untuk tujuan pembelajaran bahasa
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45148/1/45148.pdf