Video animasi sebagai medium pembelajaran dan pendekatan kreatif terhadap kesedaran COVID-19 bagi pelajar dalam sesi pembelajaran terbuka dan jarak jauh / Ilinadia Jamil
Wabak COVID-19 (penyakit Corona Virus-2019) di seluruh dunia telah menyebabkan perubahan besar dalam setiap organisasi di seluruh dunia termasuk bidang pendidikan. Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah kehidupan para pelajar terutama dari sudut pembelajaran yang mana ianya dijalankan secara atas t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
Faculty of Art and Design,
2021.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Wabak COVID-19 (penyakit Corona Virus-2019) di seluruh dunia telah menyebabkan perubahan besar dalam setiap organisasi di seluruh dunia termasuk bidang pendidikan. Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah kehidupan para pelajar terutama dari sudut pembelajaran yang mana ianya dijalankan secara atas talian. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan mereka terpaksa belajar dari rumah dan ini membuatkan pelajar merasa kecewa dan tidak bermotivasi terutama dalam menjalani proses pembelajaran. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran telah beralih kepada kaedah Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (Open and Distance Learning) untuk disesuaikan dengan norma baharu. Bimbang para pelajar mungkin merasa cemas, tertekan atau umumnya tidak berdaya, para penyelidik telah mengeluarkan satu pendekatan kreatif untuk membantu mereka mengatasi realiti semasa dan menyatakan perasaan dan pemikiran kreatif mereka mengenai cara menangani pandemik COVID-19 melalui video animasi. Animasi telah menjadi satu medium yang menarik untuk meningkatkan kualiti pembelajaran terutama semasa pandemik COVID-19. Pendekatan pembelajaran berasaskan animasi terbukti sangat berkesan dalam pelbagai bidang, termasuk dalam kursus-kursus di universiti. Pensyarah dan pendidik kini mengintegrasikan animasi sebagai alat bantu visual dalam kandungan kursus mereka untuk memudahkan pembelajaran dan meningkatkan prestasi pelajar. Oleh itu, Jabatan Grafik dan Media Digital, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Cawangan Melaka mengambil inisiatif ini untuk mengaplikasikan kandungan kursus GDT254 (Animasi 2D) agar dapat disesuaikan dengan topik berkaitan Pandemik COVID-19. Di mana, para pelajar digalakkan untuk menerapkan kreativiti, perasaan dan pemikiran mereka mengenai wabak COVID-19 serta menyebarkan kesedaran melalui penghasilan video animasi kreatif mereka. Selain itu, kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada kerangka dan model ADDIE (Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian). Hasil pemerhatian mendapati bahawa para pelajar lebih termotivasi dengan topik yang berkaitan dengan pandemik semasa berdasarkan kepada hasil akhir yang ditunjukkan dalam video animasi mereka. Selain itu, proses pembelajaran dapat dilakukan secara realistik melalui perkembangan progresif pelajar sepanjang pembikinan video animasi ini walaupun berlaku secara atas talian. Kesimpulannya, animasi adalah satu medium yang dapat membantu pelajar untuk meneroka, mengekspresi dan meningkatkan kemahiran kreatif mereka, selain menjadikan emosi dan motivasi diri pelajar lebih positif dalam mendepani situasi pandemik. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47634/1/47634.pdf |