Scavenger hunt: latihan kemahiran literasi maklumat dikalangan pelajar interim UiTM Johor Kampus Segamat / Ts. Dr. Syamsul Hendra Mahmud, Mawar Noor BAbdullah and Siti Rozana Mat Sanat

Setiap tahun dianggarkan seramai 1,500 orang pelajar baru berdaftar di UiTM Johor Kampus Segamat yang mana mereka ini mempunyai pelbagai tahap kemahiran pencarian maklumat, pengalaman penggunaan perpustakaan, kemahiran menggunakan komputer dan penguasaan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan aka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahmud, Syamsul Hendra (Ts. Dr.) (Author), Abdullah, Mawar Noor (Author), Mat Sanat, Siti Rozana (Author)
Format: Book
Published: 2020.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap tahun dianggarkan seramai 1,500 orang pelajar baru berdaftar di UiTM Johor Kampus Segamat yang mana mereka ini mempunyai pelbagai tahap kemahiran pencarian maklumat, pengalaman penggunaan perpustakaan, kemahiran menggunakan komputer dan penguasaan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan akademik dan meningkatkan lagi penguasaan penggunaan perpustakaan dan pengaksesan maklumat dalam pelajaran dan penyelidikan, Perpustakaan Tun Dr Ismail mengambil inisiatif mempromosikan kemudahan, perkhidmatan dan koleksi Perpustakaan menerusi Modul Kemahiran Literasi Maklumat kepada pelajar ini. Modul ini ditambahbaik dengan aktiviti scavenger hunt oleh Unit Perkhidmatan Maklumat dengan kerjasama Unit Pembangunan Koleksi berdasarkan modul yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak. Aktiviti scavenger hunt ini dilihat dapat membantu pelajar mengetahui dengan lebih lanjut kemudahan dan koleksi perpustakaan, berinteraksi bersama staf, kerja secara berpasukan dan mempraktiskan kaedah pembelajaran kendiri. Pengetahuan, pemikiran dan pemahaman pelajar yang pada mulanya agak rendah berubah menjadi lebih tinggi selepas perlaksanaan program ini. Pada masa yang sama ia juga menjadi platform bagi Perpustakaan untuk menilai kualiti dan impak kemudahan serta koleksi yang sedia ada. Inisiatif aktiviti scavenger hunt ini diharapkan dapat membantu Perpustakaan di kampus yang mempunyai jumlah pelajar yang besar bagi memastikan modul yang diajar dapat disampaikan secara berkesan seterusnya membantu meningkatkan pencapaian petunjuk prestasi utama dan penambahan statistik perpustakaan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48177/1/48177.pdf