Insurans kesihatan sosial di Malaysia: ekuiti dan akses / Mazlan Che Soh and Makmor Tumin

Pembiayaan kesihatan merupakan salah satu daripada aspek yang diberikan perhatian oleh World Health Organisation (WHO). Peningkatan perbelanjaan kesihatan yang semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor seperti pertambahan populasi penduduk, trend peningkatan penyakit tidak berjangkit (non-co...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Soh, Mazlan (Author), Tumin, Makmor (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, 2019-06.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembiayaan kesihatan merupakan salah satu daripada aspek yang diberikan perhatian oleh World Health Organisation (WHO). Peningkatan perbelanjaan kesihatan yang semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor seperti pertambahan populasi penduduk, trend peningkatan penyakit tidak berjangkit (non-communicabale disease), kemajuan teknologi perubatan, jangkaan penduduk yang semakin tinggi dan sebagainya telah menjadi pendorong terhadap pembaharuan dalam pembiayaan kesihatan. WHO telah mencadangkan beberapa mekanisme bagi tujuan ini dan memperkenalkan skim insurans kesihatan sosial (IKS) adalah merupakan salah satu darinya. Matlamat utama insurans kesihatan sosial adalah untuk memastikan prinsip asas perkhidmatan kesihatan yang diperjuangkan oleh WHO iaitu aksesibiliti dan ekuiti tercapai. Skim yang telah diperkenalkan di hampir enam puluh buah negara ini juga merupakan pendekatan yang dipilih oleh Malaysia menerusi cadangan pembaharuan kesihatan dikenali sebagai 1Care for 1Malaysia yang telah dilancarkan pelaksanaannya menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RM Ke-10) (2011-2015). Kertas ini akan mengupas pembangunan insurans kesihatan sosial sebagai mekanisme pembiayaan kesihatan di seluruh dunia, bagiamanakah perancangannya di Malaysia serta kesesuaian pelaksanaannya di negara ini terutama dari sudut akses dan ekuiti.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48646/1/48646.pdf