Kesan corak dan jenis komunikasi terhadap keestiman suami isteri: kajian kes di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Johor Baharu / Kamarul Azman Jamaluddin ... [et al.]

Masalah komunikasi antara suami isteri memberi kesan terhadap keestiman kedua pasangan, sehingga akhirnya merenggangkan hubungan dan mengakibatkan penceraian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan corak dan jenis komunikasi terhadap keestiman suami isteri. Responden yang terlibat adal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamaluddin, Kamarul Azman (Author), Salamon, Hussin (Author), Kilan, Ahmad (Author), Nor Muhamad, Nasrul Hisyam (Author), Zulkifli, Abdul Halim (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak, 2021-04.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah komunikasi antara suami isteri memberi kesan terhadap keestiman kedua pasangan, sehingga akhirnya merenggangkan hubungan dan mengakibatkan penceraian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan corak dan jenis komunikasi terhadap keestiman suami isteri. Responden yang terlibat adalah (286) orang penjawat awam di empat (4) buah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Bandaraya daerah Johor Bahru yang beragama Islam. Konstruk-konstruk yang terlibat adalah Corak Komunikasi, Jenis Komunikasi, Corak Keestiman, dan Jenis Keestiman. Analisis lanjutan membezakan faktor yang paling menyumbang (dominan) kepada Keestiman. Ujian dinilai berdasarkan Pekali Standard, β (Standardized Coefficients, β). Dapatan menunjukkan konstruk Corak Komunikasi Suami Isteri memberi sumbangan besar yang signifikan kepada Keestiman (β=0.144, p=<0.016). Kajian juga mendapati bahawa Jenis Komunikasi Suami Isteri dengan Keestiman adalah tidak signifikan (p>0.05). Dapatan ini menjelaskan bahawa corak komunikasi dapat memberi kesan terhadap keestiman suami isteri. Kajian ini memberi panduan terhadap pasangan yang mendirikan rumah tangga secara empirikal, terutamanya elemen-elemen komunikasi berkesan dan keestiman antara pasangan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/49254/1/49254.pdf