Kultur tisu tumbuhan: Bioteknologi dalam perancangan strategik Universiti Teknologi MARA Pahang / Sarina Hashim and Muzamil Mustaffa

Kertas kerja ini membincangkan bioteknologi, khusus terhadap teknik kultur tisu tumbuhan dalam perancangan strategik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang Bioteknologi adalah teknik atau proses yang melibatkan penggunaan organisma hidup seperti tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma untuk menghasilk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Sarina (Author), Mustaffa, Muzamil (Author)
Format: Book
Published: 2007.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan bioteknologi, khusus terhadap teknik kultur tisu tumbuhan dalam perancangan strategik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang Bioteknologi adalah teknik atau proses yang melibatkan penggunaan organisma hidup seperti tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma untuk menghasilkan produk yang bermanfaat kepada manusia. Teknik kultur tisu tumbuhan pula adalah kaedah biak baka yang melibatkan pemindahan cebisan tisu atau organ tumbuhan tertentu secara in-vitro ke dalam medium bernutrien Kaedah bioteknologi seperti kultur tisu telah digunakan dengan meluas untuk membiakkan tumbuhan yang terpilih dalam skala yang besar bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Memandangkan teknik kultur tisu tumbuhan telah lama bertapak dan semakin berkembang pesat terutama dalam bidang pertanian, perhutanan dan perubatan, maka UiTM Pahang harus mengorak langkah menuruti kehendak dan keperluan semasa. Teknik kultur tisu patut digunakan sebagai satu elemen dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mendedahkan para pelajar kepada teknologi terkini berkaitan ilmu sains perladangan dan perkayuan Di samping itu, para penyelidik berpeluang untuk menjalankan pelbagai kajian yang berkaitan dengan aplikasi teknologi kultur tisu khasnya untuk tanaman makanan, tumbuhan hiasan, herba dan sebagainya. Selain itu, teknik kultur tisu tumbuhan membuka ruang untuk UiTM Pahang mewujudkan kerjasama intra atau inter jabatan seperti dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), InstUut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), Taman Teknologi Malaysia (TPM) dan jabatan-jabatan lain
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50001/1/50001.PDF