Potensi, kerelevenan dan kesediaan sistem fotovoltan (PV) bagi keperluan tenaga elektrik domestik di Malaysia / Syamsyir Akmal Senawi ... [et al.]

Ketidakstabilan harga komoditi tenaga, peningkatan permintaan tenaga dan perubahan ekosistem serta cuaca yang dramatik akibat pencemaran yang dihasilkan oleh sumber tenaga kelaziman telah meledakkan usaha ke arah penggunaan sumber dan teknologi tenaga boleh diperbaharui. Pertambahan jumlah penduduk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Senawi, Syamsyir Akmal (Author), Mohd Nor, Badrul Hisham (Author), Hashim, Azhan (Author), Wan Razali, Wan Aizuddin (Author), Muhamad Ridzwan, Hendrie Johann (Author)
Format: Book
Published: 2012.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketidakstabilan harga komoditi tenaga, peningkatan permintaan tenaga dan perubahan ekosistem serta cuaca yang dramatik akibat pencemaran yang dihasilkan oleh sumber tenaga kelaziman telah meledakkan usaha ke arah penggunaan sumber dan teknologi tenaga boleh diperbaharui. Pertambahan jumlah penduduk dan perubahan iklim ekonomi yang pesat telah membawa satu revalusi dan perubahan yang mendadak dalam penggunaan tenaga sejak wujudnya spesis manusia. Dalam pada itu Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menghadapi arus ini bagi memenuhi keperluan pembangunannya. Pada tahun 1999 kerajaan telah menukar Dasar Empat kepelbagaian bahan Api kepada Dasar Lima Kepelbagaian Bahan Api dengan memasukkan sumber tenaga yang diperbaharui sebagai sumber kelima dalam penjanaan tenaga negara. Kerajaan mensasarkan sebanyak 5% dari jumlah keseluruhan penjanaan tenaga negara adalah daripada tenaga keterbaharuan menjelang 2010. Dalam masa yang sama sistem fotovoltan dilihat sebagai salah satu pilihan dalam usaha menyempurnakan tujuan dan keperluan tenaga negara. Kajian yang dilakukan adalah bertujuan menilai kerelevenan, potensi dan kesediaan system fotovoltan (PV) bagi keperluan elektrik domestik negara dari kepelbagaian kriteria yang tertentu serta dilihat sejauh manakah kriteria tersebut dipatuhi. Menjelang tahun 2020 kos penghasilan tenaga sistem PV diunjurkan mencapai paras RM 0.634/kWh serta pariti antara sumber tenaga lazim dan sistem fotovaltan dijangkakan mampu direalisasikan sekiranya persekitaran dunia pada hari ini menjadi perhitungan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50198/1/50198.PDF