Kajian awal: Kesediaan kakitangan UiTM Kampus Jengka terhadap cadangan penempatan semula fakulti pengurusan perniagaan dan fakulti sains komputer dan matematik di UiTM Kampus Raub / Azniza Ahmad Zaini ...[et al.]
Sebagai memenuhi matlamat memajukan dan membangunkan komuniti setempat, Universiti Teknologi MARA Pahang bakal membuka sebuah kampus baru di bandar Raub, Pahang. Isu cadangan penempatan semula kakitangan bukan akademik dan akademik terutamanya dari Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Sains Kom...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2012.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sebagai memenuhi matlamat memajukan dan membangunkan komuniti setempat, Universiti Teknologi MARA Pahang bakal membuka sebuah kampus baru di bandar Raub, Pahang. Isu cadangan penempatan semula kakitangan bukan akademik dan akademik terutamanya dari Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah memberikan sedikit kejutan di kalangan warga UiTM Pahang Kampus Jengka. Lantaran itu, satu kajian awal telah dijalankan bagi memberikan input berguna supaya satu keputusan yang wajar dapat dibuat berkaitan dengan kesediaan kakitangan UiTM Pahang yang telah berkhidmat di Kampus Jengka untuk berpindah ke kampus baru UiTM Pahang di Raub pada tahun 2015 nanti. Kesediaan kakitangan UiTM terhadap cadangan penempatan semula Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik di UiTM Kampus Raub telah dikaji. Selain itu, faktor-faktor yang yang mempengaruhi kesediaan kakitangan UiTM Kampus Jengka untuk berpindah ke UiTM Kampus Raub juga dikenalpasti. Borang soalselidik telah diedarkan secara rawak kepada 48 orang responden yang terdiri daripada 20 orang staf akademik dan 28 orang staf bukan akademik. Kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi ke-20 bagi mendapatkan keputusan statistik diskriptif bagi sampel data tersebut. Hasil kajian menunjukkan majoriti kakitangan tidak bersedia untuk berpindah ke UiTM Kampus Raub pada tahun 2015 nanti dan antara faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan tersebut adalah (i)telah mempunyai aset di Jengka dan (ii)tidak mahu pendidikan anak-anak terjejas sekiranya perpindahan tersebut berlaku. Justeru itu, adalah diharapkan semoga satu keputusan yang wajar dapat dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi UiTM untuk mengkaji kesan-kesan yang bakal mempengaruhi masa depan setiap kakitangan yang terlibat dengan perpindahan tersebut. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50220/1/50220.PDF |