Analisis deskriptif terhadap tahap kefahaman dan kesedaran pemakanan halal : kajian kes di empat (4) buah sekolah rendah di negeri Perak / Azilawati Azizan ... [et al.]

Kajian ini dilakukan untuk menganalisa tahap kefahaman dan kesedaran terhadap pemakanan halal dalam kalangan pelajar tahap dua sekolah rendah di negeri Perak. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhinya juga turut dikenalpasti. Kaedah kajian yang digunakan adalah soal selidik yang terdiri daripad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azizan, Azilawati (Author), Saad, Nor Liza (Author), Mohammad, Norleha (Author), Yaacob, Mazlah (Author), Khairudin, Nurkhairizan (Author)
Format: Book
Published: 2012.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk menganalisa tahap kefahaman dan kesedaran terhadap pemakanan halal dalam kalangan pelajar tahap dua sekolah rendah di negeri Perak. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhinya juga turut dikenalpasti. Kaedah kajian yang digunakan adalah soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian utama iaitu demografi, pemahaman konsep, kesedaran memilih dan faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan halal. Data yang dikumpul dianalisis secara diskriptif menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Melalui kajian ini didapati tahap kesedaran pelajar sekolah rendah agak tinggi, namun tahap kefahaman masih rendah. Kajian ini mendapati perbezaan yang sangat signifikan antara pelajar-pelajar berlainan sekolah tentang kesedaran memilih makanan halal (p < 0.01), namun tiada perbezaan antara sekolah dari aspek pemahaman konsep makanan halal (p > 0.01). Di samping itu faktor ibu bapa dan guru sangat besar dalam memperkenalkan makanan halal dan juga yang menentukan pemilihan makanan halal untuk pelajar. Malah kajian juga menunjukkan bahawa ibu bapa merupakan sumber paling berkesan bagi mendapatkan maklumat pemakanan halal. Selain daripada itu, televisyen dan internet pula merupakan media yang paling banyak digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai halal. Hasil kajian ini dapat membantu pihak bertanggungjawab dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman pemakanan halal kepada umat Islam sejagat bagi melahirkan generasi yang hebat serta menonjolkan Malaysia sebagai hub halal global yang disegani.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50771/1/50771.pdf