Penyesuaian peribadi eksekutif ekspatriat syarikat pembinaan Malaysia di negara tamu : satu analisis / Halmi Zainol dan Mohmad Mohd Derus
Kejayaan perlaksanaan projek pembinaan syarikat pembinaan Malaysia membuka peluang kepada syarikat untuk meneroka dan beroperasi di luar negara. Lazimnya, syarikat ini menghantar pekerja rakyat Malaysia ke sana untuk melaksanakan projek. Penyelidikan lampau telah menunjukkan kesukaran penyesuaian ol...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2012.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kejayaan perlaksanaan projek pembinaan syarikat pembinaan Malaysia membuka peluang kepada syarikat untuk meneroka dan beroperasi di luar negara. Lazimnya, syarikat ini menghantar pekerja rakyat Malaysia ke sana untuk melaksanakan projek. Penyelidikan lampau telah menunjukkan kesukaran penyesuaian oleh ekspatriat bagi menghadapi suasana baru di negara tamu merupakan aspek utama yang mendorong kepada kegagalan dalam melaksanakan tugasan. Kejayaan melaksanakan tugasan di luar negara tidak semata-mata bergantung kepada kepakaran teknikal ekspatriat tetapi juga kemampuan individu untuk menyesuaikan diri di luar negara, berinteraksi dengan masyarakat di negara tamu, kebolehsuaian dan keterbukaan kepada budaya tempatan. Penyelidikan yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengaruh penyesuaian peribadi eksekutif ekspatriat di negara tamu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti faktor pengaruh penyesuaian berkaitan peribadi semasa melaksanakan tugasan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada eksekutif ekspatriat yang bekerja dengan syarikat pembinaan Malaysia di luar negara. Enam puluh empat eksekutif ekspatriat Malaysia dari syarikat pembinaan Malaysia di luar negara terlibat dalam penyelidikan ini. Penemuan menunjukkan penyesuaian interaksi, umum dan suasana persekitaran menyumbang kepada penyesuaian ekspatriat bagi menghadapi suasana persekitaran yang berbeza. Persediaan syarikat sebelum keberangkatan adalah satu langkah yang baik sebelum mereka berangkat melaksanakan tugasan ke negara tamu. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50785/1/50785.pdf |