Kesan teknologi hijau terhadap sewaan bangunan pejabat di Malaysia / Noor Halil Ismail ... [et al.]
Projek penyelidikan ini bertujuan untuk membincangkan kesan pengiktirafan bangunan pejabat dengan teknologi hijau terhadap sewaan. Hasil dari kajian literatur di beberapa buah negara mendapati bangunan pejabat dengan teknologi hijau ini ada yang memberi kesan dan ada juga yang tidak memberi kesan te...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2012.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Projek penyelidikan ini bertujuan untuk membincangkan kesan pengiktirafan bangunan pejabat dengan teknologi hijau terhadap sewaan. Hasil dari kajian literatur di beberapa buah negara mendapati bangunan pejabat dengan teknologi hijau ini ada yang memberi kesan dan ada juga yang tidak memberi kesan terhadap sewaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dari data sewaan bangunan pejabat teknologi hijau yang dibandingkan dengan bangunan pejabat konvensional di lokasi yang sama. Seterusnya temubual secara rawak dijalankan untuk mengenalpasti faktor utama pemilihan bangunan pejabat teknologi hijau yang disewa. Penemuan awal kajian ini menunjukkan lebih 40% penyewa bangunan pejabat teknologi hijau adalah terdiri daripada syarikat teknologi maklumat dan konsultansi. Kebanyakan penyewa bangunan pejabat teknologi hijau ini mengakui elemen teknologi hijau ini merupakan antara faktor yang dipertimbangkan dalam pemilihan bangunan pejabat. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pasaran sewa bangunan pejabat teknologi hijau ini masih baru dan belum memberi kesan secara langsung ke atas kadar penghunian, kepantasan mula penyewaan dan kebolehsewaan serta tempoh penyewaan. Penemuan utama kajian ini menunjukkan kadar sewaan bangunan pejabat teknologi hijau lebih tinggi berbanding bangunan pejabat konvensional yang terletak di lokasi sama pada kadar 2.0% hingga 10.0%. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50876/1/50876.pdf |