Pengaruh seni Islam dalam tarian dabus Perak : satu tinjauan lapangan / Rozimah Bidin dan Juriah Mohd Amin

Kebanyakan geraktari tarian tradisional Melayu diwarisi daripada kaum keluarga terdekat seperti nenek, datok, bapa, bapa saudara dan sepupu sehinggakan asal-usulnya sukar untuk dikenalpasti. Tarian dabus ialah salah satu tarian tradisi Melayu negeri Perak yang diwarisi dari zaman ke zaman. Pada suat...

Descrizione completa

Salvato in:
Dettagli Bibliografici
Autori principali: Bidin, Rozimah (Autore), Mohd Amin, Juriah (Autore)
Natura: Libro
Pubblicazione: 2012.
Soggetti:
Accesso online:Link Metadata
Tags: Aggiungi Tag
Nessun Tag, puoi essere il primo ad aggiungerne!!
Descrizione
Riassunto:Kebanyakan geraktari tarian tradisional Melayu diwarisi daripada kaum keluarga terdekat seperti nenek, datok, bapa, bapa saudara dan sepupu sehinggakan asal-usulnya sukar untuk dikenalpasti. Tarian dabus ialah salah satu tarian tradisi Melayu negeri Perak yang diwarisi dari zaman ke zaman. Pada suatu ketika dahulu tarian ini begitu popular dalam kalangan masyarakat umum setempat. Geraktari asli tarian dabus yang diamalkan mempunyai peraturan dan amalan tertentu. Peraturan dan amalan bermula daripada sebelum persembahan tarian sehinggalah tarian tamat. Perkembangan Islam di Alam Melayu telah mempengaruhi sedikit sebanyak peraturan dan amalan dalam tarian dabus serta mengikis beberapa amalan asal dalam tarian tersebut. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan peraturan dan amalan yang masih digunakan dalam persembahan gerak tari tarian dabus hari ini. Perbincangan akan menjurus kepada membandingkan peraturan dan amalan geraktari asli tarian dabus sebelum dan selepas Islam. Maklumat diperolehi menerusi tinjauan lapangan dengan penggiat tarian ini.
Descrizione del documento:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50907/1/50907.pdf