Kajian empirikal sumber inspirasi lanskap melayu dalam rupa bentuk kostum tradisional, motif dan ikatan kain / Zulkefle Hj Ayob dan Zainudin Md Nor

Seni dan rekacipta budaya benda tradisi masyarakat Melayu dahulu bergantung sepenuhnya kepada persekitaran alam yang banyak mempengaruhi pengalaman khayalan kepercayaan mereka. Alam adalah elemen utama seni lanskap Melayu dan ia merangkumi persekitaran udara, tanah serta air. Pengkaji terdahulu tela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ayob, Zulkefle (Author), Md Nor, Zainudin (Author)
Format: Book
Published: 2012.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seni dan rekacipta budaya benda tradisi masyarakat Melayu dahulu bergantung sepenuhnya kepada persekitaran alam yang banyak mempengaruhi pengalaman khayalan kepercayaan mereka. Alam adalah elemen utama seni lanskap Melayu dan ia merangkumi persekitaran udara, tanah serta air. Pengkaji terdahulu telah berupaya mengupas dan mentafsir banyak terma bersumberkan alam yang diguna pakai oleh tukang-tukang dalam pelbagai seni rupa. Oleh itu kajian ini akan membicarakan hubungan seni lanskap Melayu dalam rupa bentuk kostum, motif dan ikatan kain. Kajian ini di lakukan melalui kaedah eksplorasi komponen alam secara tampak (visual) dan signifikasinya dengan reka bentuk kostum, motif, ikatan kain, hiasan kepala, teknik jahitan, dan aksesori sebagai pelengkap pakaian Melayu. Data kajian dianalisa secara kualitatif dengan melihat, merakam, mentafsir, mengintepretasi dan akhirnya membuat kesimpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak sumber alam lanskap yang dijadikan ilham oleh tukang jahit dan pereka dahulu melalui kemunculan beberapa terma dan nama seperti Destar Ayam Patah Kepak, Tengkolok Lang Menyongsong Angin, Tanjak Helang Menyambar, Jahitan Tulang Belut, Insang Pari, Omak Memulih, Ombak Mengalun, Lawi Ayam, Tampuk Manggis, Sanggul Ekor Kera dan sebagainya.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50927/1/50927.pdf