'Sebab yang baik' untuk menamatkan Perjanjian Francais selepas pindaan Akta Francais 1998 / Nurli Yaacob
Akta Francais 1998 telah dipinda buat pertama kalinya pada tahun 2012 dan ia melibatkan beberapa perkara antaranya alasan penamatan perjanjian francais. Secara umumnya, perjanjian francais yang telah ditandatangani tidak boleh ditamatkan oleh francaisor atau francaisi sebelum tamat tempoh francais s...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2014-09.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Akta Francais 1998 telah dipinda buat pertama kalinya pada tahun 2012 dan ia melibatkan beberapa perkara antaranya alasan penamatan perjanjian francais. Secara umumnya, perjanjian francais yang telah ditandatangani tidak boleh ditamatkan oleh francaisor atau francaisi sebelum tamat tempoh francais seperti yang dinyatakan dalam perjanjian francais. Akta Francais 1998 memperuntukkan bahawa perjanjian ini boleh ditamatkan oleh francaisor atau francaisi lebih awal daripada tempohnya jika mempunyai 'sebab yang baik'. 'Sebab yang baik' ini dibahagikan kepada dua iaitu sebab atau alasan bagi penamatan dengan notis dan juga sebab atau alasan bagi penamatan tanpa notis. Oleh sebab itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas elemen 'sebab yang baik' yang boleh digunakan oleh francaisor atau francaisi untuk menamatkan perjanjian francais sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Francais 1998 sebelum dan selepas pindaannya pada tahun 2012. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan alasan yang dinyatakan di dalam Akta Francais 1998 selepas pindaan pada tahun 2012 bukan sahaja menambahkan alasan penamatan tersebut tetapi yang paling penting pindaan ini turut memberi ruang kepada francaisi untuk menamatkan perjanjian atas 'sebab yang baik.' |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/51168/1/51168.pdf |