Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M): keadilan sosial versus strategi politik / Mohd Idham Mohd Yusof ... [et al.]
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah memasuki fasa kedua pelaksanaannya. Pertikaian timbul samada langkah kerajaan ini sebenarnya adalah salah satu usaha pengagihan semula kekayaan atau lebih kepada strategi politik oleh parti pemerintah sebelum Pilihan Raya Umum yang ke-13. Pemberian BR1M ini adal...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2014.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah memasuki fasa kedua pelaksanaannya. Pertikaian timbul samada langkah kerajaan ini sebenarnya adalah salah satu usaha pengagihan semula kekayaan atau lebih kepada strategi politik oleh parti pemerintah sebelum Pilihan Raya Umum yang ke-13. Pemberian BR1M ini adalah salah satu usaha murni untuk membantu kebanyakan masyarakat berpendapatan rendah dan pertengahan dalam menangani kos sara hidup namun pihak pembangkang langsung tidak bersetuju dengan pemberian BR1M ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kerelevanan pemberian BR1M kepada rakyat. Seramai 200 responden telah dipilih di mana mereka adalah penerima BR1M dan seramai 50 responden adalah dikalangan ahli akademik. Hasilan kajian ini menunjukkan dua pandangan yang berbeza mengenai pemberian BR1M. Terdapat rakyat bersetuju bahawa BR1M adalah satu penghargaan di mana ia boleh membantu meringankan beban perbelanjaan mereka. Namun ada yang berpendapat bahawa BR1M adalah lebih kepada agenda politik untuk meningkatkan sokongan rakyat. Justeru terdapat keperluan untuk menambah baik pemberian BR1M kepada semua golongan rakyat. Ini adalah untuk memastikan keadilan sosial dapat dikekalkan. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/51206/1/51206.pdf |