Pandangan masyarakat dan status perundangan terhadap anak tidak sah taraf / Hamizah Muhammad ... [et al.]

Anak tidak sah taraf (ATST) lazimnya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang sah dan biasanya melalui hubungan seks luar nikah ataupun zina. Saban tahun angka statistic bilangan ATST yang direkodkan semakin membarah. Isu ATST antara perkara yang sering dibincangkan di M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad, Hamizah (Author), Mohd Arif, Mohd Izzat Amsyar (Author), Ismail, Che Zuina (Author), Mohd Noor, Nor Adila (Author), Yahaya, Salimah (Author), Engku Ali, Engku Muhammad Tajuddin (Author)
Format: Book
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Anak tidak sah taraf (ATST) lazimnya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang sah dan biasanya melalui hubungan seks luar nikah ataupun zina. Saban tahun angka statistic bilangan ATST yang direkodkan semakin membarah. Isu ATST antara perkara yang sering dibincangkan di Malaysia sama ada dari sudut fiqah atau undang-undang. Kertas kerja ini meneliti dan menganalisis kajian-kajian lepas berkaitan persepsi sebenar masyarakat terhadap anak tidak sah taraf serta keputusan kes-kes mahkamah berkaitan isu penasaban anak tidak sah taraf ini. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan analisis diskriptif yang melibatkan pengambilan data melalui kaedah kepustakaan. Hasil kajian mendapati responden dalam kajian-kajian lepas tidak berpandangan negatif terhadap anak tidak sah taraf. Akan tetapi, meskipun kajian ilmiah membuktikan masyarakat tidak berpandangan serong kepada anak tidak sah taraf, mereka yang memiliki anak tidak sah taraf tetap diselubungi kegelisahan dan ketakutan. Mereka risau, bimbang dan berasa terganggu dengan status anak tidak sah taraf anak mereka, mengakibatkan mereka mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya dapat menasabkan anak tidak sah taraf mereka dengan diri mereka sendiri. Di sini ianya jelas bahawa bagi menangani masalah anak tidak sah taraf ini ialah ianya perlu dimulakan dengan pemahaman dan penghayatan tentang syariat Islam di samping pembentukan akhlak. Apabila syariat Islam dipatuhi maka gejala anak tidak sah taraf tidak menular dalam masyarakat, dan kekusutan berkaitan isu penasaban anak tidak sah taraf ini tidak akan terus menggegarkan persada negara.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54430/1/54430.pdf