Wasiat Islam: satu transformasi undang-undang di Malaysia / Nor Adila Mohd Noor ... [et al.]
Wasiat merupakan salah satu instrumen dan mekanisme terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset Islam yang telah lama dipraktikkan di Malaysia. Aspek perancangan secara sistematik merupakan prasyarat ke arah membentuk masyarakat Islam yang unggul. Ini menunjukkan bahawa Islam menuntut umatnya sup...
Na minha lista:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Formato: | Livro |
Publicado em: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS),
2021.
|
Assuntos: | |
Acesso em linha: | Link Metadata |
Tags: |
Adicionar Tag
Sem tags, seja o primeiro a adicionar uma tag!
|
Resumo: | Wasiat merupakan salah satu instrumen dan mekanisme terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset Islam yang telah lama dipraktikkan di Malaysia. Aspek perancangan secara sistematik merupakan prasyarat ke arah membentuk masyarakat Islam yang unggul. Ini menunjukkan bahawa Islam menuntut umatnya supaya sentiasa membuat perancangan dalam segenap aspek kehidupan termasuklah menyediakan satu pelan perancangan wasiat yang rapi demi memastikan maslahah al-camah dan maqasid syar'iyyah terus terpelihara dalam kalangan masyarakat Islam termasuklah aspek perancangan dan pentadbiran harta wasiat. Namun, realitinya masih wujud satu kelompangan dalam pentadbiran harta wasiat orang Islam. Berdasarkan kajian literatur, kebanyakan masalah melibatkan aspek pengesahan wasiat dan pentadbiran harta wasiat. Masalah-masalah tersebut boleh diselesaikan sekiranya terdapat satu transformasi undang-undang khususnya melibatkan pentadbiran harta wasiat orang Islam di Malaysia. Justeru itu, makalah ini bertujuan mengkaji tentang transformasi di dalam undang-undang wasiat di Malaysia. Makalah ini juga meneliti hubungkait undang-undang, bidang kuasa dan proses transformasi yang telah berlaku dalam undang-undang sedia ada khususnya dalam pentadbiran Al-ma'; Al-Qur'an; Retorik; Leksikografi Arab; Tafsir harta wasiat. Kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan membuat temu bual bersama responden yang pakar dalam bidang ini. Penelitian juga dibuat terhadap data primer seperti peruntukan undang-undang dan kes mahkamah serta data sekunder seperti buku akademik, kertas- kertas kerja, jurnal, statut, laporan perundangan dan surat pekeliling. Data kajian ini diolah dan dianalisis berdasarkan pendekatan analisis kandungan yang sesuai dengan skop dan tema kajian. Dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa, pembentukan undang-undang bertulis wasiat Islam dapat menyelesaikan beberapa kepincangan yang berlaku dalam hal pengurusan harta wasiat. Namun, hingga kini, hanya enam negeri sahaja yang sudah memiliki undang-undang tertulis dan semuanya mempunyai perbezaan kandungan berdasarkan tahun undang-undang tersebut dikuatkuasa. Walaubagaimanapun, negeri Selangor dilihat sebagai pelopor dan paling proaktif dalam menerapkan undang-undang wasiat Islam berdasarkan enakmen bertulis di negeri ini. Selain itu, berdasarkan perkembangan undang-undang sedia ada juga jelas menunjukkan bahawa perlunya dilakukan pembaharuan undang-undang dengan meminda beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang berkaitan dengan sistem pentadbiran harta wasiat orang Islam di Malaysia. |
---|---|
Descrição do item: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54440/1/54440.pdf |