Penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa Al Marāghī berkaitan sifat-sifat allah dalam Tafsīr Al-Marāghī: satu analisis / Anuar Sopian ... [et al.]

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kaedah dan ciri-ciri penulisan Tafsir al-Marāghī dan bagaimanakah pemikiran Sheikh Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī dalam mentafsirkan ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah dalam kitab tafsirnya itu. Selain itu apakah penyebab yang mendorongnya untuk men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sopian, Anuar (Author), Kamarudin, Nur Asyikeen (Author), Hamzah, Fazlinda (Author), Sharifudin, Mohd Azlan Shah (Author)
Format: Book
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kaedah dan ciri-ciri penulisan Tafsir al-Marāghī dan bagaimanakah pemikiran Sheikh Ahmad Muṣṭafā al-Marāghī dalam mentafsirkan ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah dalam kitab tafsirnya itu. Selain itu apakah penyebab yang mendorongnya untuk mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Metod pengumpulan data kajian ini dengan menggunakan kajian perpustakaan. Manakala metod analisis data pula menggunakan kaedah deduktif dan analisis dokumen melalui karya Tafsir al-Maraghi itu sendiri. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penafsiran Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī dalam menganalisis sifat-sifat Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran cenderung dengan pemikiran aliran Muktazilah. Semua sifat-sifat Allah adalah baik dan mengandungi kemaslahatan untuk semua umat manusia. Selain itu, dalam permasalahan yang berkaitan dengan ayat-ayat tajsīm (berjisim) Sheikh Ahmad Mustafa al-Marāghī memberikan penafsiran yang sama dengan penafsiran yang diberikan oleh aliran teologi rasional dengan mentakwilkan kata-kata 'ain, wajh, yad dan yamīn. Beliau tidak menfsirkannya secara harfiah seperti yang dilakukan oleh aliran teologi tradisional. Seterusnya dalam menafsirkan perkataan istawa 'ala 'arsy, Sheikh al-Marāghi dilihat agak keberatan untuk mentakwilkannya lebih jauh tetapi tidak menyamakan istiwa Allah dengan istiwa manusia kerana bimbang terjerumus kepada tasybīh dan tajsīm.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54470/1/54470.pdf