Islamofobia di Perancis: Perspektif undang-undang, agama & budaya dan politik / Muhammad Fakhri Idlan Ahmad ... [et al.]

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (PHAM) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan hak asasi manusia adalah hak yang dimiliki oleh semua manusia tanpa mengira warna kulit, budaya, jantina ataupun kepercayaan seperti hak untuk menyuarakan pendapat, hak beragama, hak bekerja dan hak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Muhammad Fakhri Idlan (Author), Mohammed Faidzal, Amirah Nadiah (Author), Yaakob, Ahmad Faiz (Author), Omar, Anie Farahida (Author)
Format: Book
Published: 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (PHAM) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan hak asasi manusia adalah hak yang dimiliki oleh semua manusia tanpa mengira warna kulit, budaya, jantina ataupun kepercayaan seperti hak untuk menyuarakan pendapat, hak beragama, hak bekerja dan hak mendapatkan pendidikan (United Nations, 1948). Golongan minoriti tidak terkecuali daripada menerima hak-hak tersebut, namun perkara sebaliknya berlaku kepada komuniti Islam di Perancis. Hal ini terjadi disebabkan prinsip sekularisme yang terkandung di dalam undang-undang Perlembagaan Perancis iaitu Laïcité. Laïcité merupakan suatu prinsip yang menolak campur tangan agama dalam hal ehwal pemerintahan negara, begitu juga ketiadaan campur tangan pemerintah dalam hal ehwal agama seseorang (The Government of the French Republic, 2014). Prinsip ini telah menimbulkan layanan berat sebelah dan meningkatkan kes Islamofobia terhadap komuniti Islam di Perancis. Kajian ini bertujuan untuk mencari faktor-faktor yang menyumbang kepada Islamofobia di Perancis dan kesan-kesannya ke atas mereka. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan teknik analisa sejarah. Selain itu, tujuan penelitian pula menggunakan metode berbasis perpustakaan bagi mengumpulkan data-data sekunder. Kajian ini merumuskan bahawa faktor-faktor tersebut telah menjadi suatu legitimasi untuk memberi layanan yang tidak adil kepada komuniti Islam di Perancis sehingga tercetusnya Islamofobia. Akhir sekali, kajian menunjukkan bahawa negara Perancis telah melaksanakan keadilan yang terpilih dalam melaksanakan hak asasi seperti yang dituntut oleh PHAM.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54479/1/54479.pdf