Business Journey Starter: Tips Awal Perniagaan Untuk Pemula / Siti Nur Wahidah A Wahab ... [et al.]

Kami merupakan pelajar daripada Kelab Diploma Pentadbiran Awam (DiPAC) ingin memperkenalkan sebuah buku digital yang bertajuk "Business Journey Starter: Tips Awal Perniagaan Untuk Pemula", di mana ianya merupakan sebuah buku atas talian yang juga dikenali sebagai e-book. E-book adalah nama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: A Wahab, Siti Nur Wahidah (Author), Md Said, Nur Shafikah Shafinaz (Author), Kamaludin, Anis Raudhah (Author), Hashimi, Nur Ain Nabilah (Author), Mohd Zahuri, Nursabrina Shahira (Author)
Format: Book
Published: 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kami merupakan pelajar daripada Kelab Diploma Pentadbiran Awam (DiPAC) ingin memperkenalkan sebuah buku digital yang bertajuk "Business Journey Starter: Tips Awal Perniagaan Untuk Pemula", di mana ianya merupakan sebuah buku atas talian yang juga dikenali sebagai e-book. E-book adalah nama yang digunakan untuk menamakan buku-buku dalam format digital, iaitu buku versi elektronik. Idea ini tercetus disebabkan oleh keinginan kami untuk membantu orang ramai di luar sana tanpa mengira kaum, bangsa dan agama untuk bersama-sama memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan berikutan daripada isu wabak Covid-19 yang telah pun menyebabkan ramai individu kehilangan kerja mereka. Oleh yang demikian, kami mencipta sebuah buku digital yang ringkas, mudah dan menarik ini dalam bentuk E-Book. Hal ini kerana, berikutan kepada keadaan sekarang dimana pembelian barang di atas talian adalah digalakkan. Oleh itu, kami mencipta sebuah buku yang dapat dibeli dan diakses secara atas talian tanpa mengira masa dan tempat. Malahan, buku digital ini juga dapat mengurangkan peratusan pencemaran udara dan pembalakan pokok yang semakin berleluasa ketika ini. Kesannya, produk yang kami hasilkan ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar serta ianya bersifat mesra alam dan pengguna. Tambahan pula, ianya merupakan hasil daripada pengumpulan poster mingguan kami yang sering dikongsikan kepada orang ramai iaitu poster satu minggu satu tips yang berkaitan dengan urusniaga perniagaan kepada pelajar di universiti kami. Oleh itu, kami berharap agar dengan produk E-Book yang kami cipta ini serba sedikit dapat membantu untuk memberikan maklumat dan berkongsi informasi serta ilmu baru kepada peniaga baru di luar sana.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55983/1/55983.pdf