Indikator teknik pengajaran Bahasa Arab di UiTM menerusi teknologi / Nurul Asma Mazlan ... [et al.]

Kajian ini memberi tumpuan kepada teknik pengajaran bahasa Arab semasa pelaksanaan Pembelajaran Jarak Jauh dalam Talian (ODL) di UiTM pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Pandemik Covid-19. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana teknik pengajaran dapat mempengaruhi motiva...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mazlan, Nurul Asma (Author), Zailani @ Ahmad, Suhaila (Author), Arifin, Zamri (Author), Mohd Saad, Mohd Faizulamri (Author), Norwahi, Nur Aqilah (Author)
Format: Book
Published: 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi tumpuan kepada teknik pengajaran bahasa Arab semasa pelaksanaan Pembelajaran Jarak Jauh dalam Talian (ODL) di UiTM pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Pandemik Covid-19. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana teknik pengajaran dapat mempengaruhi motivasi pelajar. Sebanyak 341 pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab tahap tiga (TAC501) dari semua kampus di UiTM merangkumi semenanjung, Sabah dan Sarawak mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Kajian ini berbentuk deskriptif dan analitik yang menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan analisis SPSS dan PLS-SEM untuk menganalisis hubungan antara motivasi pelajar dan teknik pengajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa, teknik pengajaran yang sesuai melalui teknologi dapat mempengaruhi pemahaman dan motivasi pelajar secara positif mengenai kandungan aktiviti pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah mereka semasa sesi ODL. Hasil kajian memaparkan, pensyarah bahasa Arab di UiTM mahir membangunkan quiz online menerusi Kahoot dan Quizziz (0.9). Dapat disimpulkan bahawa semakin banyak pelajar menerima dan memahami bagaimana menggunakan teknologi, semakin mereka dapat memahami tentang isi pembelajaran semasa sesi ODL.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56619/1/56619.pdf