Ke arah kelestarian kebun komuniti dalam usaha menyantuni golongan B40 / Intan Syafinaz Mat Shafie ... [et al.]

Dikala semua negara berlumba-lumba untuk mendapatkan nilai yang terbaik dalam produk domestik kasar mereka menerusi kemajuan dan peningkatan teknologi, mereka alpa bahawa pertanian juga boleh menyumbang ke arah kemajuan dan peningkatan dalam produk domestik kasar negara. Kepentingan pertanian bukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Shafie, Intan Syafinaz (Author), Mohd. Yusof, Yuslina Liza (Author), Mohd Ishar, Nor Irvoni (Author), Mohd Hashim, Maryam Jameelah (Author), Kholid, Mohd Fairus (Author), Ramadhan Zahari, Muhammad Yasin (Author), Abu Seman, Sharidatul Akma (Author)
Format: Book
Published: 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dikala semua negara berlumba-lumba untuk mendapatkan nilai yang terbaik dalam produk domestik kasar mereka menerusi kemajuan dan peningkatan teknologi, mereka alpa bahawa pertanian juga boleh menyumbang ke arah kemajuan dan peningkatan dalam produk domestik kasar negara. Kepentingan pertanian bukan sahaja membantu daripada segi pertumbuhan ekonomi, tetapi ianya turut dapat mengatasi isu kemiskinan, menawarkan peluang pekerjaan, memelihara sumber makanan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Rata-rata penduduk akan memperuntukkan sekitar 50% daripada pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan. Bertepatan dengan dasar pertanian bandar, ianya merupakan aktiviti yang dijalankan oleh penduduk yang mendiami kawasan bandar bagi mengatasi isu kekurangan bekalan makanan dan menjamin keselamatan makanan. Setelah mengenalpasti kaedah pertanian dan konsep pemasaran yang dijalankan di Kebuniti Pertanian Bandar Seksyen U12, satu kajian telah diadakan bagi menganalisa kepentingan perlaksanaan konsep pertanian yang telah diaplikasikan di kebun komuniti ini. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan hasil dapatan penduduk dan masyarakat setempat tentang sejauh mana kesedaran dan penerimaan mereka dalam kelestarian pertanian bandar yang sedang dijalankan di Kebuniti Pertanian Bandar Seksyen U12 dan sejauh mana keselamatan makanan dapat melestarikan pertanian bandar. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kelestarian pertanian bandar pada masa hadapan. Kajian kuantitatif telah dijalankan terhadap 150 orang responden di dalam kawasan Lembah Klang manakala kajian kualitatif telah dijalankan terhadap 16 orang informan yang terdiri daripada pengerusi kebun komuniti. Hasil dapatan melalui kaedah kuantitatif mendapati bahawa tahap kesedaran, penerimaan, pandangan terhadap jaminan keselamatan makanan dan kelestarian berada pada tahap sederhana. Manakala hasil dapatan melaui kaedah kualitatif mendapati bahawa tahap kesedaran, penerimaan, pandangan terhadap jaminan keselamatan makanan dan kelestarian berada pada tahap yang tinggi.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56673/1/56673.pdf