Penentuan kecenderungan tingkah laku pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu - psikosentrik dan alosentrik / Farzanna Yashera Abdulla ... [et al.]

Artikel ini membincangkan mengenai penentuan tingkah laku pelancong psikosentrik dan alosentrik di Kota Kinabalu, Sabah. Secara umumnya, kajian mengenai kecenderungan tingkah laku pelancong ini masih kurang dan terhad. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini meneliti faktor penentu kecenderungan tingka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdulla, Farzanna Yashera (Author), Mapjabil, Jabil (Author), Nazry, Natasya Farhana (Author)
Format: Book
Published: 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan mengenai penentuan tingkah laku pelancong psikosentrik dan alosentrik di Kota Kinabalu, Sabah. Secara umumnya, kajian mengenai kecenderungan tingkah laku pelancong ini masih kurang dan terhad. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini meneliti faktor penentu kecenderungan tingkah laku pelancong psikosentrik dan alosentrik di Kota Kinabalu. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif, iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 70 orang pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa faktor kewangan yang dimiliki merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kecenderungan tingkah laku pelancong ketika melancong di Kota Kinabalu. Hal ini menunjukkan bahawa kecenderungan tingkah laku pelancong psikosentrik dan alosentrik dilihat daripada beberapa aspek tertentu. Oleh itu, kefahaman yang mendalam terhadap penentuan kecenderungan tingkah laku pelancong ini penting dalam membangunkan industri pelancongan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56878/1/56878.pdf