Penentuan kuasa beli pengunjung terhadap perkhidmatan pelancongan terpilih di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah / Nurul Izzah Ismail dan Jabil Mapjabil

Artikel ini meneliti tentang kuasa beli pelancong dalam penggunaan sektor perkhidmatan terpilih di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Sektor perkhidmatan itu adalah pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman serta aktiviti membeli-belah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Nurul Izzah (Author), Mapjabil, Jabil (Author)
Format: Book
Published: 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini meneliti tentang kuasa beli pelancong dalam penggunaan sektor perkhidmatan terpilih di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Sektor perkhidmatan itu adalah pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman serta aktiviti membeli-belah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik. Untuk itu, seramai 105 orang responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan daripada lapan penyataan untuk pemilihan sektor perkhidmatan, lima menunjukkan skor min 'tinggi' antara 3.62 hingga 3.95 dan tiga mencatatkan skor min 'sederhana' dalam julat 2.99 hingga 3.09. Seterusnya, skor min tertinggi adalah 3.95 untuk penggunaan sektor perkhidmatan pengangkutan iaitu bas, van, grab dan lain-lain yang lebih murah agar kuasa beli meningkat. Manakala skor min terendah pula adalah memilih untuk makan di restoran (seperti coffee house, bistro, cafe dll.) yang lebih berkualiti (privasi dan persekitaran yang tenteram) meskipun kuasa beli tidak meningkat. Ringkasnya, penentuan kuasa beli pelancong ini penting kepada pihak pemegang taruh agar dapat menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan sejajar dengan segmen pasaran yang ditetapkan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56883/1/56883.pdf