PERKASA@APS: solusi kepada kerapuhan keluarga yang mempunyai anak cerebral palsy / Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar ... [et al.]

Keluarga yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) Cerebral Palsy (CP) sering dihimpit masalah kemiskinan. Ini adalah kerana ibu bapa tidak dapat keluar bekerja kerana keadaan anak CP yang terlantar, kejang otot, sawan dan memerlukan bantuan penjaga sepenuhnya. Mereka biasanya bergantung sepenuhnya d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Abdul Ghapar, Wan Rohila Ganti (Author), Ahmad, Muhamad Fazil (Author), Yahya, Norhashimah (Author), Mat Jamin, Rahaya (Author)
Format: Book
Published: 2021.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keluarga yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) Cerebral Palsy (CP) sering dihimpit masalah kemiskinan. Ini adalah kerana ibu bapa tidak dapat keluar bekerja kerana keadaan anak CP yang terlantar, kejang otot, sawan dan memerlukan bantuan penjaga sepenuhnya. Mereka biasanya bergantung sepenuhnya dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan derma orang ramai. Keadaan ini telah menyebbakan mereka merasa rendah diri, dan sering mengasingkan diri daripada masyarakat. Para ibu terutamanya, sering menyalahkan diri mereka ekoran daripada kecacatan yang dialami oleh anak mereka. Dari sudut kualiti hidup, ibu bapa sering berkonflik kerana tekanan kewangan, tekanan jiwa dan sering gagal mematuhi temujanji terapi kerana ketiadaan kenderaan dan wang. Mereka juga secara umumnya, lebih selesa mengharapkan bantuan masyarakat, dan sering menggunakan modal anak istimewa untuk menjana ekonomi keluarga. Model PERKASA@APS hadir sebagai solusi kepada kepada masalah ini. Pemerkasaan ekonomi bapa APS telah menjadikan mereka mandiri ekonomi melalui projek penanaman cili secara fertigasi. Ibu-ibu APS pula telah diberi latihan menjahit telekung, langsir dan baju kurung di Rumah Kebajikan APS melalui kerjasama Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Ibu-ibu APS juga diajar pembungkusan semula kerepek Tortilla pedas, termasuk ilmu pemasaran atas talian. Mereka juga diajar menghasilkan cili boh berskala kecil, namun menguntungkan. Rasa malu dan rendah diri kerana mempunyai anak istimewa dan dihimpit kemiskinan diubati melalui pemerkasaan rohani oleh motivator dan psikologis yang memberikan dorongan dan semangat beserta sesi kaunseling kepada ibu-ibu yang depresi. Anak-anak CP pula di beri terapi saraf, terapi fizikal dan terapi seni secara berkala dan banyak membantu melegakan kesakitan dan ketegangan saraf yang mereka alami. Gabungan model pemerkasaan ekonomi - rohani - fizikal telah terbukti berjaya mengubah kedudukan ekonomi keluarga APS, menghidupkan kembali semangat untuk berjuang demi anak CP mereka serta menambahbaik kualiti hidup anak CP melalui terapi intensif.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56900/1/56900.pdf