Penilaian kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P & P) di Universiti Teknologi MARA Pahang: Penemuan dan cadangan / M. Muzamil, H. Sarina and A.Z. Zalifah
Kertas kerja ini membincangkan penilaian kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang. Borang soal selidik yang mempunyai sepuluh soalan berkaitan dengan piawaian ISO dan kemudahan P&P diedarkan kepada para pelajar UiTM Pahang secara rawak. Sebanyak...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Book |
Published: |
2006.
|
Subjects: | |
Online Access: | Link Metadata |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kerja ini membincangkan penilaian kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang. Borang soal selidik yang mempunyai sepuluh soalan berkaitan dengan piawaian ISO dan kemudahan P&P diedarkan kepada para pelajar UiTM Pahang secara rawak. Sebanyak 16 kumpulan pelajar melibatkan sejumlah 154 responden telah menjawab soal selidik tersebut. Data dianalisis menggunakan SPSS 12.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan korelasi untuk menilai perhubungan dua pembolehubah. Hasil daripada soal selidik terhadap kemudahan P&P, mendapati 81.2% responden (majoriti) berpuashati, manakala 18.8% responden (minoriti) beranggapan sebaliknya. Data peratusan responden mendapati 1.9% menyatakan sangat lemah, 16.9% lemah, 40.3% sederhana, 31.8% baik dan 9.1% sangat baik terhadap kemudahan P&P. Walau bagaimanapun masih terdapat ruang bagi kakitangan akademik dan kakitangan bukan akademik amnya dan pihak pengurusan khususnya untuk melakukan tindakan pembetulan dan penambahbaikan kemudahan P&P yang sedia ada di UiTM Pahang. Cadangan-cadangan termasuk daripada responden turut dipersembahkan untuk dipertimbangkan oleh semua pihak demi memartabatkan pendidikan tinggi yang disediakan oleh UiTM Pahang. |
---|---|
Item Description: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57283/1/57283.PDF |