Kepimpinan pengurusan dan penilaian laporan amali: satu kajian kes Program Diploma Sains - AS 120 / Muzamil Mustaffa ... [et al.]

Kertas kerja ini membincangkan kaedah yang berkesan untuk diguna pakai oleh pensyarah kursus berteraskan sains sebagai suatu pendekatan baru pengurusan dan penilaian laporan amali agar ianya lebih sistematik, objektif, adil dan telus. Untuk mencapai objektif ini, satu kajian telah dijalankan yang me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustaffa, Muzamil (Author), Hashim, Sarina (Author), Ahmad, Nazree (Author), Zakaria, Haslizaidi (Author), Wan Omar, Wan Siti Atikah (Author), Md. Sani, Junaidah (Author)
Format: Book
Published: 2008.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan kaedah yang berkesan untuk diguna pakai oleh pensyarah kursus berteraskan sains sebagai suatu pendekatan baru pengurusan dan penilaian laporan amali agar ianya lebih sistematik, objektif, adil dan telus. Untuk mencapai objektif ini, satu kajian telah dijalankan yang melibatkan Program Diploma Sains (DIS) - AS120 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang bagi satu semester pengajian iaitu semester Disember 2007-Mei 2008. Tiga kod yang dipilih adalah CHM350 (dua kumpulan), PHY150 (dua kumpulan) dan BI0150 (dua kumpulan) yang melibatkan seramai 146 orang pelajar. Kajian ini dibahagikan kepada empat fasa. Fasa pertama ialah mengenal pasti punca masalah menggunakan kaedah diagram Ishikawa. Fasa kedua ialah kajian perbandingan kaedah yang digunakan. Kaedah konvensional melibatkan kod CHM350 dan PHY150, manakala kaedah inovasi melibatkan kod BIO150. Fasa ketiga melibatkan pengumpulan data bagi rekod penghantaran tepat dan lewat laporan amali pelajar dan data masa penyisihan dan penyemakan laporan tersebut. Fasa terakhir ialah merumuskan penemuan serta menyeragamkan mekanisme pengurusan dan penilaian laporan amali. Hasil kajian mendapati kaedah konvensional mempunyai peratus kelewatan menghantar laporan amali agak tinggi iaitu 39.5% (CHM350) dan 42.2% (PHY150). Sebaliknya kaedah inovasi menunjukkan penurunan yang ketara iaitu 5.2% (BIO150). Masa pengisihan yang diperlukan oleh seorang pensyarah masing-masing menggunakan kaedah konvensional dan inovasi adalah 27 minit dan 5 minit. Implikasi terhadap kos dan masa dalam setahun bagi pensyarah dan UiTM Pahang turut dibincangkan. Kesimpulannya didapati kaedah inovasi boleh dijadikan satu model kepimpinan dalam pengurusan dan penilaian laporan amali di UiTM Pahang. Dengan adanya garis panduan ini, penghantaran dan penerimaan laporan amali dapat dikawal. Sistem pengisihan dan penyimpanan laporan amali menjadi lebih sistematik. Penilaian dan pemarkahan adalah lebih konsisten. Ia juga dapat menjimatkan masa dan kos. Dalam memenuhi keperluan ISO 9001:2000, kaedah ini membantu meningkatkan ketelusan khususnya dalam penilaian kursus yang subjektif seperti pengurusan dan pengendalian laporan amali ini. Secara tidak langsung kaedah ini juga dapat menerapkan nilai disiplin yang lebih baik kepada para pelajar.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57555/1/57555.PDF