Satu pendekatan bagi pembelajaran tulisan-tulisan bahasa mandarin melalui pertandingan poster mandarin di UiTM Pahang / Azniza Ahmad Zaini, Adibah Hussin and Bok Check Meng

Kemahiran bertutur, menulis dan membaca di dalam bahasa ketiga seperti bahasa Mandarin merupakan satu kelebihan yang seharusnya dimiliki oleh kaum yang bukan berbangsa Cina. Justeru itu, kursus bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga telah diperkenalkan kepada mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zaini, Azniza (Author), Hussin, Adibah (Author), Bok, Check Meng (Author)
Format: Book
Published: 2010.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran bertutur, menulis dan membaca di dalam bahasa ketiga seperti bahasa Mandarin merupakan satu kelebihan yang seharusnya dimiliki oleh kaum yang bukan berbangsa Cina. Justeru itu, kursus bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga telah diperkenalkan kepada mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian samada di peringkat diploma mahupun di peringkat ijazah di seluruh sistem UiTM. Namun begitu, wujud satu permasalahan di kalangan pelajar. khususnya pelajar diploma di UiTM Pahang iaitu asas penulisan yang dipelajari oleh mereka adalah tidak mencukupi di mana mereka tidak mempelajari huruf-huruf karakter Cina di dalam silibus bahasa Mandarin tahap 1 dan tahap 2. Kesannya, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti tulisan-tulisan bahasa Mandarin yang unik itu ketika mengikuti pengajian bahasa Mandarin tahap 3 apabila mereka menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda kelak kerana mereka perlu mengetahui huruf-huruf karakter Cina untuk menguasai bahagian penulisan. Oleh itu, satu inovasi yang telah dilakukan ke atas pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dari Unit Bahasa Mandarin, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Pahang bagi mendedahkan para pelajar ini kepada huruf-huruf berbentuk karakter Cina dengan lebih meluas adalah dengan menganjurkan Pertandingan Poster Mandarin setiap semester. Hasilnya, pelajar pelajar ini telah mendapat pendedahan terhadap huruf-huruf Cina tersebut melalui proses pembelajaran yang lebih menarik dan kreatif, malahan mereka juga telah mendapat persediaan awal sebelum mengikuti pengajian bahasa Mandarin tahap 3 kelak.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58054/1/58054.PDF