Pembangunan akhlak mahasiswa menerusi modul latihan pembudayaan ilmu: Satu keperluan di UiTM Pahang / Norhapizah Mohd Burhan, Norzie Diana Baharum and Musramaini Mustapha

Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menanam hasrat yang tinggi untuk melahirkan mahasiswa berdaya saing, proaktif, memiliki dan mengamalkan nilai-nilai positif dan mampu mencorakkan kecemerlangan sesebuah institusi. Kecemerlangan negara juga didorong oleh tahap guna tenaga mahasiswa yang efektif d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Burhan, Norhapizah (Author), Baharum, Norzie Diana (Author), Mustapha, Musramaini (Author)
Format: Book
Published: 2010.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menanam hasrat yang tinggi untuk melahirkan mahasiswa berdaya saing, proaktif, memiliki dan mengamalkan nilai-nilai positif dan mampu mencorakkan kecemerlangan sesebuah institusi. Kecemerlangan negara juga didorong oleh tahap guna tenaga mahasiswa yang efektif dan cemerlang di dalam semua aspek. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat utama pendidikan negara adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal. Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan kepada empat domain utama iaitu kognitif, psikomotor, afektif dan sosial di dalam hasil pembelajaran. Walaubagaimana pun sistem pendidikan pada hari ini lebih terarah kepada kemahiran kognitif dan psikomotor. Manakala domain afektif dan sosial kurang dititikberatkan lalu menyebabkan produk sistem pendidikan kini atau modal insan yang dibentuk tidak seimbang. Kelemahan hasil ketidakseimbangan ini dapat disaksikan melalui budaya kampus di Universiti Teknologi Mara Pahang. Walaupun pencapaian akademik sebahagian mahasiswa berada di tahap yang membanggakan, namun budaya menepati masa hadir ke dewan kuliah merupakan antara elemen yang kurang dititikberatkan oleh sesetengah mahasiswa di Universiti Teknologi Mara Pahang. Kertas konsep ini memfokus kepada teknik memberi latihan kepada pelajar agar mereka lebih menepati masa. Ianya turut mencadangkan agar kaedah peneguhan dan hukuman berasaskan aktiviti-aktiviti pembudayaan ilmu diaplikasikan dikalangan pelajar yang sering melakukan kesalahan tatatertib ini. Mekanisma ini secara tidak langsung dapat membantu menerapkan kemahiran insaniah teras keenam iaitu etika dan moral profesional serta teras keempat iaitu pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Melalui hukuman pembacaan buku dan pembentangan hasil bacaan tersebut, budaya ilmu dapat disemarakkan lantas memaksimumkan keupayaan minda para pelajar yang terlibat.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58072/1/58072.PDF