Mengoptimumkan sistem tenaga hibrid keterbaharuan melalui pemuliharaan alam sekitar / Syamsyir Akmal Senawi ...[et al.]

Proses mengoptimumkan sistem tenaga hibrid keterbaharuan adalah melibatkan proses pemilihan komponen yang terbaik serta mensaizkan sesuatu sistem berdasarkan kecekapan, keandalan, dan kos yang efektif. Bekalan sumber yang semakin terhad, konflik harga yang menghambat, kesan rumah hijau, pertambahan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Senawi, Syamsyir Akmal (Author), Mohd Nor, Badrul Hisham (Author), Wan Razali, Wan Aizudin (Author), Sulaiman, Nasharudin (Author), Kasim, Azman (Author)
Format: Book
Published: 2010.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses mengoptimumkan sistem tenaga hibrid keterbaharuan adalah melibatkan proses pemilihan komponen yang terbaik serta mensaizkan sesuatu sistem berdasarkan kecekapan, keandalan, dan kos yang efektif. Bekalan sumber yang semakin terhad, konflik harga yang menghambat, kesan rumah hijau, pertambahan penduduk dan malapetaka yang kerap melanda telah menyebabkan masyarakat dunia mencari penyeselaian yang kukuh bagi memastikan kesinambungan penggunaan tenaga yang kian meningkat. Dalam menepati tema permasalahan tenaga yang sedang mengancam dunia pada hari ini maka sistem hibrid keterbaharuan dilihat sebagai alternatif sebagai sumber pilihan terutamanya dikawasan pedalaman. Kajian yang dilakukan ini akan meneroka kepentingan untuk mengurangkan jumlah gas rumah hijau yang terhasil daripada sistem hibrid yang dipilih sebagai menyahut seruan Protokol Kyoto yang telah dimuktamadkan pada Disember 1997. Dalam masa yang sama pengurangan kos penghasilan tenaga berdasarkan pecahan tenaga keterbaharuan yang ideal, haruslah diperoleh bagi memastikan kesinambungan pembekalan tenaga yang berterusan. Maka perbincangan akan terarah bagi menjawab bagaimanakah pertambahan nilai saiz sistem hibrid dapat dimaksimakan dengan mengoptimumkan pecahan tenaga keterbaharuan dalam mengurangkan penghasilan gas rumah hijau yang menjadi punca utama kepada pemanasan global pada kos penghasilan tenaga yang terendah. Oleh yang demikian kertas ini akan membincangkan cadangan bagi mencapai penghasilan karbon dioksida dan kos penghasilan tenaga yang minima dan ideal. Merujuk kepada simulasi yang dilakukan, pengurangan gas Karbon Dioksida dapat dicapai sehingga 16.3 % pada kos penghasilan tenaga yang ideal dan optimum berbanding sistem yang hanya menggunakan generator diesel sahaja.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58084/1/58084.PDF