Aplikasi mudah alih pembelajaran asas Bahasa Arab bagi peringkat sekolah rendah / Hazrati Yahaya ... [et al.]

Dunia teknologi dan komunikasi yang semakin berkembang pesat telah memberi kesan secara langsung kepada bidang pendidikan. Oleh itu, perubahan terhadap kaedah penyampaian perlu selari dengan kehendak pendidikan abad ke-21. Namun begitu pendekatan yang digunakan dalam penyampaian yang digunakan pada...

पूर्ण विवरण

में बचाया:
ग्रंथसूची विवरण
मुख्य लेखकों: Yahaya, Hazrati (लेखक), Shaharuddin, Hanis Najwa (लेखक), Abdul Raup, Fudzla Suraiyya (लेखक), Ahmad, Nor Zahidah (लेखक), Shafri, Muhammad Hatta (लेखक), Nazmi, Muhammad Zahfri Mohammad (लेखक), Abdelhamid, Ibrahim Youssef (लेखक)
स्वरूप: पुस्तक
प्रकाशित: Universiti Teknologi MARA Perak, 2021-09.
विषय:
ऑनलाइन पहुंच:Link Metadata
टैग: टैग जोड़ें
कोई टैग नहीं, इस रिकॉर्ड को टैग करने वाले पहले व्यक्ति बनें!
विवरण
सारांश:Dunia teknologi dan komunikasi yang semakin berkembang pesat telah memberi kesan secara langsung kepada bidang pendidikan. Oleh itu, perubahan terhadap kaedah penyampaian perlu selari dengan kehendak pendidikan abad ke-21. Namun begitu pendekatan yang digunakan dalam penyampaian yang digunakan pada masa sekarang masih bercirikan konvensional. Rentetan daripada itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membangunkan aplikasi mudah alih pembelajaran asas bahasa Arab bagi peringkat sekolah rendah dengan hanya membataskan kemahiran bertutur. Model reka bentuk instruksi Hanafin dan Peck dengan sedikit pengubahsuaian digunakan dalam proses pembangunan aplikasi mudah alih ini dan ia dijadikan sebagai panduan aliran kerja. Hasil daripada pembangunan prototaip aplikasi mudah alih bahasa Arab tersebut dinilai menerusi kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Data-data yang dikumpul melalui 30 orang guru bahasa Arab dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Bagi proses penganalisaan data kajian, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang bersumberkan Ramlee & Norani (2007). Hasil dapatan kajian mendapati nilai min yang diperoleh daripada kandungan dam keseluruhan prototaip aplikasi mudah alih berada pada interpretasi min yang sangat setuju. Dapatan ini secara kesimpulannya dapat menggambarkan bahawa prototaip aplikasi mudah alih pembelajaran asas bahasa Arab yang dibangunkan boleh dipertingkatkan lagi pembangunannya. Kajian ini diharapkan dapat digunakan untuk memberi faedah kepada para guru dan juga pelajar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab.
वस्तु वर्णन:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58179/1/58179.pdf