Potensi hutan simpan UiTM Cawangan Pahang sebagai sumber pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan / Muzamil Mustafa and Sarina Hashim

Potensi Hutan Simpan UiTM Cawangan Pahang (HSUiTM) sebagai sumber pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan dibincangkan. HSUiTM adalah sebahagian daripada Hutan Hujan Tropika yang mempunyai kepelbagaian biologi yang sangat tinggi. Kekayaan spesies fauna, flora dan mikrob boleh mencetus kepada perca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa, Muzamil (Author), Hashim, Sarina (Author)
Format: Book
Published: 2004.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Potensi Hutan Simpan UiTM Cawangan Pahang (HSUiTM) sebagai sumber pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan dibincangkan. HSUiTM adalah sebahagian daripada Hutan Hujan Tropika yang mempunyai kepelbagaian biologi yang sangat tinggi. Kekayaan spesies fauna, flora dan mikrob boleh mencetus kepada percambahan ilmu pengetahuan dan penyelidikan yang berkaitan. Hutan menyediakan pelbagai sumber secara langsung atau tidak langsung kepada manusia. HSUiTM sebagai sumber pembelajaran dan pengajaran memang sudah tidak asing lagi, terutama kepada para pelajar Program Diploma Industri Perkayuan (DIP) dan Diploma Sains (DIS). Silibus tersedia mengajak para pelajar meneroka dan menikrnati keindahan persekitaran hutan sambil mencerap fungsi dan hasilan yang terdapat di dalamnya. Sumber penyelidikan dari HSUiTM juga ada yang telah diterokai, dan masih banyak lagi sumber berpotensi yang belum dikaji. Setakat ini Fakulti Sains Gunaan telah menjalankan beberapa penyelidikan di HSUiTM dan beberapa hasilannya telah diterbitkan. Melalui kertas kerja ini, sumbangan kepelbagaian biologi daripada satu kawasan kecil, iaitu HSUiTM cuba disingkap dan potensi yang tersedia untuk diekstrak dan diselidiki akan dikemukakan sebagai cadangan dan untuk tindakan bersarna bagi memantapkan lagi proses pembelajaran, pengajaran dan memperhebatkan lagi penyelidikan di UiTM Cawangan Pahang.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58308/1/58308.PDF