Pengukuhan tadbir urus akademik di bangunan Infra Sains Teknologi (IST), Universiti Teknologi MARA (Pahang): cadangan dan cabaran / Muzamil Mustaffa and Sarina Hashim

Kertas kerja ini membincangkan pengukuhan tadbir urus akademik di bangunan Infra Sains Teknologi (IST), Universiti Teknologi MARA, UiTM (Pahang). Kemudahan pengajaran dan pembelajaran di bangunan IST telah digunakan sejak tahun 2011. Sejak bangunan ini digunakan, banyak perkara berkenaan pengurusan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustaffa, Muzamil (Author), Hashim, Sarina (Author)
Format: Book
Published: 2014.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan pengukuhan tadbir urus akademik di bangunan Infra Sains Teknologi (IST), Universiti Teknologi MARA, UiTM (Pahang). Kemudahan pengajaran dan pembelajaran di bangunan IST telah digunakan sejak tahun 2011. Sejak bangunan ini digunakan, banyak perkara berkenaan pengurusan akademik masih lagi berpusat di bangunan pentadbiran UiTM (Pahang). Pemusatan tadbir urus akademik di bangunan pentadbiran sedikit sebanyak telah merumitkan proses kerja khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini harus dilihat daripada aspek positif dengan memberikan ruang penambahbaikan untuk kemudahan dan kesejahteraan kepada semua pihak. Objektif kertas kerja ini ialah mengetengahkan cadangan dan cabaran dalam mengukuhkan tadbir urus akademik di bangunan IST. Dicadangkan di bangunan IST ini, ditubuhkan sebuah pejabat baru ketua ketua pusat pengajian (KPP). Ia akan menempatkan KPP Sains, Kejuruteraan Awam, Sains Sukan dan Rekreasi, dan Komputer dan Sains Matematik. Rasional penubuhan pejabat baru ini ialah untuk memudahkan proses kerja dalam hal-hal pengajaran dan pembelajaran khususnya dan pengurusan amnya. Ia termasuklah seperti mengemaskini dan mengawal fail-fail program dan fail-fail kursus, pengurusan percetakan soalan kuiz dan ujian, kemudahan pejabat seperti fotokopi, faksimili dan lain-lain lagi. Semestinya penubuhan pejabat baru KPP di bangunan IST ini ada cabarannya. Antara cabarannya ialah implikasi kewangan, perjawatan, ruang dan penyelenggaraan. Diharapkan dengan penubuhan sebuah pejabat baru KPP di bangunan IST ini akan memberikan pengukuhan dan impak kepada kecekapan proses kerja pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58316/1/58316.PDF