Isu-Isu syariah di dalam produk al-rahn di perbankan Islam di Malaysia / Siti Hazirah Che Harun and Nor Fahimah Mohd Razif

Al-rahn merupakan antara kontrak yang digunapakai dalam produk pembiayaan Islam bagi membantu individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana memperolehi wang dengan segera dan mudah. Para fuqaha' telah bersepakat bahawa hukum kontrak pajak gadai (al-rahn) adalah diharuskan berdasarkan dalil-dalil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Harun, Siti Hazirah (Author), Mohd Razif, Nor Fahimah (Author)
Format: Book
Published: Universiti Teknologi MARA, 2021-11.
Subjects:
Online Access:Link Metadata
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-rahn merupakan antara kontrak yang digunapakai dalam produk pembiayaan Islam bagi membantu individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana memperolehi wang dengan segera dan mudah. Para fuqaha' telah bersepakat bahawa hukum kontrak pajak gadai (al-rahn) adalah diharuskan berdasarkan dalil-dalil al Quran dan Sunnah. Bertitik tolak daripada dalil keharusan yang berbentuk umum, maka aplikasi kontrak al rahn di Malaysia adalah berbentuk hibrid di mana terdapat gabungan beberapa kontrak Islam yang lain dalam satu produk pembiayaan iaitu al-qard al-hasan (pinjaman tanpa faedah), al-rahn (cagaran) al-wadiah (simpanan) dan al-ujrah (upah simpan) seperti yang diamalkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia. Namun begitu, pada tahun 2019 Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia(BNM) memutuskan bahawa produk pembiayaan yang diamalkan oleh perbankan Islam Malaysia adalah tidak memenuhi keperluan syariah yang ditetapkan. Keputusan ini telah memberi implikasi besar terhadap operasi perbankan Islam di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini meneliti isu-isu syariah yang berbangkit daripada produk pembiayaan al-rahn yang sedia ada dan seterusnya isu-isu tersebut akan dianalisis dari perspektif fiqh. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian berbentuk kualitatif dipilih dengan mengumpulkan data-data secara kaedah perpustakaan dan seterusnya data yang diperolehi akan dianalisis melalui analisis kandungan iaitu dengan menganalisis isu-isu Syariah dalam alrahn berdasarkan keputusan BNM. Hasil kajian mendapati selain daripada isu syariah yang ditimbulkan oleh BNM iaitu isu keterikatan setiap kontrak dan isu penggabungan kontrak, terdapat isu Syariah lain iaitu isu caj upah simpan lebih dari kos sebenar dan isu memanfaatkan marhun yang timbul daripada produk pembiayaan al-rahn sedia ada.
Item Description:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58347/1/58347.pdf